Thursday 4 October 2012

KYS AKAN CAPAI STATUS UNIVERSITI




KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus menempuh kejayaan yang lebih besar melalui perancangan dan hala tuju KYS untuk menjadi sebuah universiti.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan bilangan graduan yang menamatkan pengajian di kolej itu.

Katanya, pada majlis konvokesyen kali ke-17 itu seramai 507 graduan menerima anugerah diploma dan sijil iaitu meningkat berbanding 372 graduan pada konvokes- yen tahun lalu.

“Berdasarkan peningkatan yang dicapai oleh KYS sehingga kini, saya amat berkeyakinan KYS akan terus menempuh kejayaan yang lebih besar untuk mencapai status sebuah universiti.

“Saya juga yakin pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti di KYS adalah disebabkan kualiti pendidikan yang ditawarkan dan kursus-kursus pengajiannya menepati kehendak dan keperluan semasa.

“Selain itu pemilihan KYS sebagai tempat pengajian turut didasari oleh isu ‘kebolehpasaran’ para graduan setelah tamat pengajian nanti,” katanya ketika merasmikan Konvokesyen KYS kali ke-17, di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah dan Pengerusi Lembaga Pengalola KYS, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul, Pengerusi, Lembaga Pengarah KKYS Sdn.Bhd Datuk Kamal D.E Quadra; Ketua Eksekutif KYS, Dr. Dg. Aminah Ali, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Jainab Ahmad dan kakitangan KYS.

Musa turut menyarankan KYS agar sentiasa sensitif terhadap perkembangan dan perubahan landskap ekonomi negara dan dunia dengan menawarkan kursus-kursus yang lebih releven kepada keperluan semasa.

“Dalam hal ini kursus yang ditawarkan perlu mengambil kira perubahan yang berlaku agar ianya lebih releven kepada keperluan semasa.

“Di samping itu KYS juga perlu menyuntik elemen-elemen ‘soft-skills, multi-tasking dan entrepreneurship’ bagi memastikan graduan yang dihasilkan berketrampilan serta dapat menyumbang kepada hasrat menjana modal insan berkualiti bagi menjayakan matlamat misi nasional,” katanya.

Musa memuji usaha KYS yang berjaya mempelopori pembelajaran akademik, tek- nikal dan kemahiran vokasional dengan menggunakan model kurikulum yang diberi nilai tambah serta pedagogi terkini yang lebih anjal.

“Kaedah ini membolehkan para pelajar melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran yang berkisar kepada tiga bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran kendiri, pembelajaran bersemuka dan pembelajaran berterusan,” katanya.

Beliau percaya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak KYS pastinya dapat menyumbang ke arah memartabatkan pendidikan akademik, teknikal dan latihan kemahiran sekaligus membuka peluang kepada rakyat di seluruh negeri khususnya para belia untuk mencapai cita-cita mereka.

“Dalam usia penubuhannya selama lebih 20 tahun, KYS juga tidak ketinggalan dalam usaha untuk terus mempertingkatkan latihan teknikal dan kemahiran vokasional.

“Menerusi penawaran kursus-kursus teknikal dan kemahiran vokasional, KYS telah banyak memberi peluang kepada belia-belia khususnya daripada luar bandar untuk memperoleh kemahiran yang mampu memberikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Musa berkata, usaha itu sejajar dengan objektif dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di mana kerajaan telah menetapkan latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional akan diarus perdanakan.

Beliau turut menasihatkan para graduan supaya terus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran ke peringkat lebih tinggi.

“Ini kerana peningkatan produktiviti dan daya saing negara memerlukan tenaga kerja kreatif, berinovasi dan berintegriti,” katanya.

Pada majlis itu graduan Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) Shafiqa Naidah Sarifuddin, 22 dari Tawau dipilih sebagai penerima Anugerah Ketua Eksekutif dan Anugerah Pingat Emas 2012. (New Sabah Times)

16 comments:

  1. tahniah kepada KYS..

    ReplyDelete
  2. KYS harus lebih berusaha untuk mencapai status universiti..

    ReplyDelete
  3. I do believe KYS can help to promote lots of potential students.

    ReplyDelete
  4. And this is a good move to give more chances to the local students to excel.

    ReplyDelete
  5. Musa has done a lot for the Sabah's education also.

    ReplyDelete
  6. Indeed a good job! Applause!

    ReplyDelete
  7. KYS, another prominent college to upgrade the standard of graduates in Sabah.

    ReplyDelete
  8. congratulations KYS! this is good news for every sabahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha yang berterusan akan membolehkan KYS mencapai sasaran yang diingini.

      Delete
  9. finally, a sabah local institution upgrading status to university status...

    ReplyDelete
  10. wowow untungnya... Taniah KYS.

    ReplyDelete
  11. Harap dengan cara ini kualiti para pelajar KYS akan dapat terus ditingkatkan.

    ReplyDelete
  12. Taniah kepada KYS..harap segala yang di rancang akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, semoga semua perancangan berjalan lancar.

      Delete
  13. Diharapkan juga agar prestasi pelajar akan terus di pertingkatkan..teruskan berusaha.

    ReplyDelete
  14. tingkatkan lagi usaha agar KYS mengecapi lebih banyak kejayaan.

    ReplyDelete