Thursday 4 October 2012

LAJIM KETUAI KABINET BAYANGAN SABAH?




Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

SABAH hari ini dipenuhi pelbagai masalah sosio-ekonomi serta politik; seperti PATI, Tanah Adat, IC palsu, kroni suku-sakat kerana sejak dua tahun kebelakangan ini sememangnya memaksa setiap rakyat Sabah terkejut dari 'kencing' malam.

Majoriti rakyat Sabah, terutama yang tinggal di pedalaman Sabah dan bersetinggan  di Pinggir Bandar tidak berpuas hati dengan layanan buruk Wakil Rakyat BN sehingga menyebabkan mereka mengerumuni hampir semua program Pakatan Rakyat dan sekutunya.

Walaupun diakui pembangkang di Sabah tidak kuat, namun semangat rakyat kebanyakan untuk berubah semakin melonjak kerana UMNO dan BN tidaklah sekuat mana di Sabah jika tidak bersandarkan kepada kerakyatan songsang.

BN terus memainkan Saiwar atau perang psikologi apabila Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan angkuh mencabar Pakatan Rakyat atau Pembangkang atau Seterus BN mengumumkan Kabinet Bayangan mereka agar rakyat dapat menilai siapa yang bakal mereka pilih dan beri kepercayaan.

Daripada desas desus yang dijaja dari mulut ke mulut dan melalui sumber yang boleh dipercayai, berikut adalah jangkaan Barisan Kabinet Bayangan yang akan dikemukakan Pakatan Rakyat, iaitu merangkumi semua parti Pembangkang di Sabah.

Ketua Menteri - Datuk Lajim Ukin  (PPS)
TKM 1 ( Kewangan ) - Ansari Abdullah (PKR)
TKM 2 (Kerajaan Tempatan & Perumahan) Datuk Dr Jeffery Kitingan (STAR)
TKM 3 ( Pembangunan Infrastruktur) Jimmy Wong (DAP)

Menteri Pertanian Perikanan -Ahmad Tamrin Jaini (PKR)
Menteri Pembangunan Perindustrian - Hj Amdee Sidek (SAPP)
Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Tanah Adat - Guandee Kohoi (STAR)
Menteri Pelancongan Dan Alam Sekitar - Datuk Wong Yit Ming (SAPP)
Menteri Kebajikan dan HEP - Dr Nicholas Gunsalad (STAR)
Menteri Belia dan Sukan -  Datuk Malinie Chia Chui Ket (SAPP)
Menteri di Jabatan Ketua Menteri - Datuk Richard Yong   (SAPP)
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (KPI) - Edward Mujie  (DAP)

Ketua Inspektor Projek (Taraf Menteri) - Darrel Laiking  (PKR)

6 orang ADUN DILANTIK - 2 masing -masing dari SAPP, STAR, PR


Manakala Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Wilfred Bumburing yang menang  di kerusi parlimen masing-masing bakal dilantik Menteri Penuh di peringkat Kerajaan Persekutuan setelah Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya.

26 comments:

  1. kalau ini lah kabinet kerajaan negeri sabah jika pembangkang menang, maka Sabah akan tersasar dari landasan pembangunan yang betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap perkara ini tidak jadi keyataan.Nanti tiada perubahan untuk Negeri Sabah.

      Delete
    2. Kalau boleh pilihlah orang lain selain LAjim.

      Delete
  2. kalau lajim yang jadi KM, pasti JK dan YTL tidak berpuas hati lalu lompat...

    ReplyDelete
  3. I do think he's going to contest on anything though.

    ReplyDelete
  4. Well it is hard to predict.

    ReplyDelete
  5. si lajim lah kan jadi KM...teda yang lain kah?!?

    ReplyDelete
  6. Most of all, he is not likely to contest. I'm sure his opponents.

    ReplyDelete
  7. not easy to topple the BN government. the opposition must also think whether they are capable of achieving so much as the BN government...

    ReplyDelete
  8. For sure it is not easy and it never will.

    ReplyDelete
  9. kalau Lajim jadi KM sudah tentu ramai ketua pembangkang tidak setuju/sehaluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua di atas tidak layak jadi ketua menteri.Trutama Lajim.

      Delete
  10. beliau memang selalu lompat parti, memang padanlah dengan gelaran 'raja katak' seperti gambar di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lah tidak sehaluan, tidak salah lompat parti, yang penting kebajikan rakyat masih diutamakan.

      Delete
  11. apapun, biarlah rakyat sahaja menjadi penentunya di musim PRU nanti

    ReplyDelete
  12. dan semoga isu kerakyatan songsang dapat diselesaikan dalam masa terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha semua pihak dan golongan amat diperlukan.

      Delete
  13. demikian juga, semoga masalah PATI dapat ditangani segera

    ReplyDelete
  14. Entah si Lajim ni akan bertanding this coming GE ka tak.. hhmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu dan lihat sajalah perkembangan seterusnya nanti.

      Delete
  15. Apapun, semuanya terpulang pada rakyat & harap rakyat dapat buat keputusan yang bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, serahakan saja kepada rakyat untuk buat pilihan.

      Delete
  16. Hope Lajim will still can strike more for the people.

    ReplyDelete
  17. Biarlah beliau sendiri tentukan nak bertanding atau tidak.

    ReplyDelete
  18. Setelah lajim dan bumbering keluar parti, serba sedikit akan membawa kesan kepada BN.

    ReplyDelete
  19. memang Lajim mahu jawatan KM lah ini kan?

    ReplyDelete