Monday 15 October 2012

LAPORAN AUDIT NEGARA DIBENTANGKAN HARI INI




            

Oleh : NIGEL AW
             
SELEPAS tertangguh lebih dua minggu, Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pejabat ketua audit negara dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan kepada pengauditan terhadap 456 penyata kewangan Kerajaan dan agensi kerajaan tahun 2011, sebanyak 338 (85.1 peratus) penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Manakala sebanyak 25 (5.5 peratus) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

Baki 43 (9.4 peratus) pula penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, menurut laporan itu lagi. (MKINI)


No comments:

Post a Comment