Wednesday 10 October 2012

LEBIH RM1 TRILION NILAI PELABURAN BARU





KOTA KINABALU: Dianggarkan lebih RM1 trilion nilai pelaburan baru dan tiga juta pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020 menerusi pelaksanaan Progam Transformasi Ekonomi.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Datuk Karim Bujang berkata, bagi mengimbangi keperluan itu, kerajaan telah merangka beberapa program dan strategi bagi meningkatkan kapasiti tenaga mahir untuk memantapkan lagi inisiatif berkenaan.

“Oleh itu, saya menyeru seluruh entiti KPPSP dan kesatuan lainnya agar terus memperkayakan program yang mampu meningkatkan faedah kepada ahli dari aspek kompetensi, inovasi serta kepakaran yang diperlukan.

“Selain itu, organisasi ini juga perlu memainkan peranan lebih aktif bagi meningkatkan kebolehpasaran warga pekerja dengan memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam aspek pembangunan berteraskan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan seluruh kesatuan pekerja di negara ini, terutamanya dalam mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.

“Kesatuan sekerja dan majikan perlu terus meningkatkan hubungan baik bagi mengelak berlakunya pertikaian perusahaan sehingga menjejaskan produktiviti dan kestabilan organisasi terlibat.

“Tumpuan terhadap aspek pengukuhan persefahaman akan mampu meningkatkan kerjasama kedua belah pihak tanpa memerlukan intervensi daripada kerajaan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports Sdn Bhd (KPPSP) di Wisma Pelabuhan, di sini baru-baru ini.

KPPSP yang ditubuhkan sejak 2004 mempunyai keanggotaan seramai 408 ahli membabitkan daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

5 comments:

  1. The Sabah government is in the process of transforming the local economy from one that is purely resource based to one that is more diversified and knowledge driven

    ReplyDelete
  2. Sabah is also the largest producer of crude palm oil in Malaysia and that the Palm Oil Industrial Cluster in the east coast is one of the venues for the State to venture into downstream processing of palm oil products.

    ReplyDelete
  3. There is bright prospect in the furniture sector for Sabah and the State Government welcomes the move to make the state a garden furniture industry hub,

    ReplyDelete
  4. Sabah’s focus is mainly on manufacturing, agriculture, biomass and the oil & gas industry, tourism remains a viable sector

    ReplyDelete
  5. Sabah has yet to fully harness its rich biodiversity to become a new source of economic growth for the State but there is already a danger of locals' traditional knowledge of medicinal plants disappearing soon.

    ReplyDelete