Monday 8 October 2012

LOUIS RAMPAS MASIH JUARA DI KIULU?





Oleh : LOPUNG


DAKWAAN parti pembangkang bahawa, Kiulu tiada pembangunan adalah sama sekali tidak benar kerana cukup jelas, bahawa kesemua projek yang dilaksanakan dalam masa empat tahun ini telah memberi kemudahan kepada penduduk Kiulu.


Dalam Mesyuarat Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N. 11, Kiulu ke 27 yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Kiulu pada 5 Oktober 2012. Sambutan yang amat meriah sehingga Presidennya, Tan Sri Datuk Sri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan telah diiringi oleh konvoi bermotosikal.

Mesyuarat berkenaan telah dihadiri lebih seribu penyokong PBS di kawasan Kiulu. Difahamkan, banyak cawangan baru telah dibuka dan ini menunjukkan bahawa PBS semakin lama, semakin diminati oleh masyarakat Kiulu.

Kenyataan parti pembangkang bahawa, mereka semakin kuat adalah tidak benar kerana rata-rata yang hadir faham akan perjuangan PBS yang belum selesai dan harus diteruskan.

Tambahan pula dengan laporan daripada Setiausaha Bahagian PBS N. 11 Kiulu yang memberitahu semua projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan serta projek yang telah siap di kiulu sejak dari tahun 2008 sehingga tahun ini 2012.

Dengan laporan berikut, semua hadirin teruja dengan komitemen kerajaan yang setiap masa, berusaha untuk membantu rakyat yang memerlukan. Inilah yang kita perlukan. Inilah yang kita mahu. Inilah yang rakyat mahu; masalah dan aduan mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan parti.

Projek yang telah dilaksanakan di Kiulu dalam masa 4 tahun ini bernilai RM 280,672,760.02 terbahagi kepada 19 projek mega seperti pecahan berikut :

1. Projek Membina Jalan Pukak Ke Mantob, Kos Projek RM 25,277,79.50. Projek ini telah siap dimana projek bermula pada 17. 07. 2007 hingga 24.02.2009

2. Projek Menaik Taraf Jalan Tomis-Tiong-Lokos; Kos Projek RM 28,498,910.00. Projek ini telah siap iaitu bermula pada 2.9.2008 hingga 7.2.2010.

3. Naik Taraf Jalan Kiulu-Longkou Lama; Kos Projek RM 5,878,137.00 yang bermula pada 8.5.2009 dan siap pada 7.8.2009

4. Upgrading And Sealing Of Jalan Longkou Lama ( Phasa 2 ) Kiulu; Kos Projek RM 2,826,800.00 yang mana, bermula pada 15.12.2009 dan siap pada 14.10.2010.

5. Pembinaan Jalan Longkou Lama Kiulu Phasa 3; yang menelan belanja sebanyak RM 2,526,633.80 yang bermula pada 1.4.2010 dan siap pada 1.3.2011.

6. Repair Of Slopes Failure At Km 1, Km 3, Km 5.3 And Km 6.9 Jalan Tamparuli-Kiulu yang memakan belanja RM 8,556,592.50. Projek ini telah bermula pada 17.12.2010 dan dijangka siap pada 16.12.2012.

7. Repair Of Slopes Failure Along Jalan Lawa Mandau, Kiulu; yang memakan belanja sebanyak RM 10,760,763.00. Projek telah bermula pada 17.12.2010 dan dijangka siap pada 16.12.2012.

8. Naik Taraf Jalan Gonipis-Tebobon, Kiulu yang bernilai RM 20,533,279.00 yang telah bermula pada 27.8.2011 dan dijangka siap pada 26.2.2013.

9. Upgrading And Sealing Of Jalan Longkou Lama ( Phasa 4 ) Kiulu; yang bernilai RM 4,450,589.72 telah bermula pada 8.8.2011 dan masih dalam pembinaan.

10. Naiktaraf Jalan Bungalio-Longkou Baru-Timbok; yang bernilai RM 42,889,540.58 di mana projek bermula pada 13.1.2012 dan dijangka siap pada 12.1.2014.

11. Naiktaraf Jalan Mantob-Gonipis; yang bernilai RM 14,062,158.70 dimana projek bermula pada 20.6.2011 dan masih dalam pembinaan.

12. Pembinaan Bekalan Tenaga Elektrik Bagi 53 Buah Kampung; yang menelan belanja sebanyak RM 5,595,293.22 dan kini 80% siap.

13. Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011-2012 (Zon 17b) Kg. Guakon-Pembinaan 3 Buah Booster Pump Tangki Simpanan, Kg. Kionsom Kiulu, Kg. Longkou Lama Kiulu-Pembinaan Booster Pump Dan Tangki; yang bernilai RM 11,851,179.00 di mana telah bermula pada 2.9.2011 dan dijangka siap pada 1.1.2013.

14. Pemasangan Paip Di Kawasan Nabalu (Perkarangan Kedai Pekan Nabalu); bernilai RM 250,000,.00 yang bermula pada 8.11.2011 dan telah siap sepenuhnya.

15. Projek Upgrading Of Pump House ( 3 Nos ) At Jalan Kiulu, Power Generating Sets, Reinstatement Of Pumping Main And Transmission Main For Kiulu Water Supply; yang bernilai RM 14, 499,535.00 dan projek ini bermula pada 2.11.2007 dan telah siap sepenuhnya pada 2.11.2011.

16. Projek Bekalan Air ( Pemasangan Paip Sistem Agihan ) Ke Mukim Nabalu Kiulu, Tuaran Melibatkan Kg. Taginambur, Kg. Giuk, Kg. Dallas, Kg. Balabakan, Kg. Nungkok, Kg. Kaung Lapai, Kg. Kiau Toburi Dan Penambahan Sumber Air Dari Sungai Munulunuh; kos projek bernilai 5,472,690.00 yang bermula pada 13.10.2011 dan dijangka siap pada 12.10.2012 serta 84% telah siap.

17. Projek Water Supply Facilities For Nabalu Township, Tuaran-Design And Build; kos projek RM 17,542,879.00 yang telah bermula pada 29.4.2009 dan dijangka siap pada 28.10.2013. Bagaimanapun, pembinaan loji rawatan air, perpaipan dan tangki simpanan telah siap sepenuhnya dan sedang beroperasi.

18. Projek Membina Jalan Tudan-Poring-Tobobon; kos projek RM 48,000,000.00 yang telah bermula pada 29.4.2009 dan dijangka siap sepenuhnya pada 28.10.2013. Setakat ini 78% telah siap.

19. Pembinaan Semula Jambatan Kereta Sepanjang Jalan Kiulu-Pukak-Mantob-Pahu (4 Buah) yang bernilai RM 11,200,000.00 di mana, projek bermula pada ogos 2012 dan dijangka siap pada januari 2014. Difahamkan Jambatan Kg. Sinopukan dan Kg. poturidong sudah bermula dan dua projek lagi sedang menunggu perubahan rekabentuk.

Ini adalah sebahagian daripada projek besar yang telah disalurkan ke Kiulu dan ini tidak termasuk projek-projek kecil melalui peruntukan ADUN dan pembinaan jalanraya pertanian.

Dengan projek-projek yang telah dibawa oleh PBS melalui YBnya; adakah PBS tidak releven untuk membantu rakyat ? Adakah PBS harus dilenyapkan di muka bumi? Adakah Datuk Louis Rampas sudah tidak releven Di Kiulu?

Beliau telah membawa perubahan dan pembangunan di Kiulu dan mengapa penduduk Kiulu harus menolak beliau pada PRU 13 ini? Selain itu, beliau telah mengusulkan agar pekan Kiulu diwujudkan Pejabat Daerah Kecil dan ini amat baik bagi seluruh masyarakat Kiulu kerana peruntukan yang disalurkan akan mudah diperolehi melalui pejabat sendiri di Kiulu,  termasuklah urusan tahan, bantuan rakyat dan sebagainya.

Senario ini juga menunjukkan, Kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan keperluan rakyat. Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan keperluan rakyat Sabah khasnya di Kiulu dan Parti Bersatu Sabah telah bersama-sama dengan kerajaan persekutuan, membangunkan bangsa KDM di Sabah termasuk Kiulu.

Usaha gigih pemimpin PBS Kiulu, termasuk Louis telah berjaya mendapatkan kemudahan yang diharapkan oleh masyarakat Kiulu dan ini lah yang kita mahu. Pemimpin seperti inilah yang rakyat mahu kerana beliau tidak putus-putus mengusulkan pembangunan di Kiulu.

6 comments:

  1. Rakyat harus bijak dalam hal ini.

    ReplyDelete
  2. IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata pakatan pembangkang berbohong apabila mendakwa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak masih dikawal ketat oleh polis. BH

    ReplyDelete
  3. Trust the people that u have been know long time ago rather than people u know yesterday. Means that, trust people that govern us previos

    ReplyDelete
  4. byk jg projek pembangunan di Kiulu

    ReplyDelete
  5. moga lebih byk pembangunan dilakukan di Kiulu.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang menabur pelbagai janji cuma untuk kuasa dan bukannya untuk kepentingan rakyat sendiri.

    ReplyDelete