Tuesday 23 October 2012

MASA SESUAI UNTUK BAYAR HUTANG!





Saudara Pengarang,

BAJET 2013 kerajaan Sabah telah dibentangkan oleh Ketua Menteri, merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk seri Panglima Musa Aman sejumlah RM 4.088 bilion, satu rekod yang paling tinggi dalam sejarah pembentangan Sabah.

Sekalipun merupakan Bajet Defisit sejumlah RM 280 juta, namun rakyat Sabah tetap ternanti-nanti pengumuman 'Amanah Rakyat Sabah'; namun hampa kerana Musa tidak menyentuhnya langsung sepanjang bajet berkenaan.

Nampaknya Bajet RM4.088 bilion dan surplus RM3 bilion tidak langsung memberi erti untuk melonjak kehidupan rakyat Sabah kerana rakyat terus kais pagi belum tentu makan petang.

Yang untung hanya pemimpin dan kroni yang mendapat laba daripada projek 'Top-Up' dan 'Projek Taufu' dan rakyat terus menjadi 'Pemerhati Pembangunan' yang terus berputih mata.

Agak malang ketika 'mood' rakyat kembali menyokong kerajaan, Musa tidak mengambil kesempatan mengambil hati pengundi untuk mengumumkan Amanah Rakyat Sabah demi membayar hutang kegagalan Kerajaan Negeri mentadbir urus Saham Amanah Sabah dan dosa Kerajaan PBS yang menarik balik Sijil Amanah berkenaan.
Jika kerajaan dan pemimpin BN yang selalu berbangga dengan pencapaian Musa sebagai pakar mengumpul 'Cash' yang banyak di dalam simpanan Sabah, maka adalah sewajarnya Musa menggunakan kepakarannya untuk memberikan insentif Amanah Rakyat Sabah secara 'One-Off' sebagai permulaan atau bayaran berkala setiap tahun.

Musa wajar merujuk 'Ilham 8 Perkara' yang dijanjikan SAPP iaitu untuk mewujudkan Dana Khas setiap tahun kepada Rakyat Tulen Sabah yang berusia 21 tahun ke atas; sebagaimana iltizam Perdana Menteri melalui BR1M.

Pembayaran Amanah Rakyat Sabah boleh menjadi senjata terbaik untuk mengubati rasa benci rakyat Sabah terhadap kerajaan negeri yang membara akibat rampasan tanah adat dan penafian Peguam Negeri dan Pengarah Jabatan Tanah berhubung hak pemilikan tanah adat selepas 1930.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

9 comments:

  1. The Institute for Development Studies or IDS describes the 2013 Sabah State Budget as comprehensive and visionary while noting that it is the largest in the state’s history.

    ReplyDelete
  2. the 2013 Sabah State Budget should bode well for the state and rakyat because it various measures to, inter alia, eradicate poverty, strengthen human capital, expand utilities supply and amenities and enhance infrastructure, as well as investments in the various economic sectors, such as tourism, agriculture and manufacturing.

    ReplyDelete
  3. bajet bagi tahun 2013 adalah yang terbesar, dgn ini, pastik byk pembangunan dpt dilaksanakan di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM4.088 bilion bagi Belanjawan Negeri 2013, yang meningkat RM40 juta berbanding anggaran perbekalan bagi 2012.

    ReplyDelete
  5. Belanjawan 2013 ini merupakan bukti komitmen kita untuk terus memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat dan negeri Sabah

    ReplyDelete
  6. Belanjawan negeri ini untuk semua lapisan rakyat dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri untuk memacu pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Barisan Nasional Negeri telah mencapai banyak kejayaan terutama sekali dalam mengukuhkan kedudukan kewangan negeri dan akan meneruskan kearah lebih baik lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Kita menyedari tidak ada yang akan kekal dan pasti tetapi kita akan berusaha mengekalkannya malah berusaha untuk meningkatkannya lagi-Musa

    ReplyDelete
  9. Kita akan terus bekerja keras sehingga Sabah mencapai matlamatnya menjadi negeri maju sejajar dengan Halatuju-agenda pembangunan negeri dan juga memenuhi agenda pembangunan negara' kata Musa.

    ReplyDelete