Sunday 21 October 2012

MCA MAHU PECAT PENSABOTAJ PARTI





Oleh : CLARA CHOOI

KUALA LUMPUR : MCA telah mengikut jejak rakannya dalam Barisan Nasional (BN) Umno untuk memecat pensabotaj parti jika didapati bersalah dalam pilihan raya akan datang.

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA sudah bersedia “untuk berperang”, dengan menggunakan slogan “kesanggupan, kemampuan dan bersedia” untuk parti menjelang pilihan raya.

“Mulai hari ini, kita tidak patut hanya bercakap tentang menewaskan Pakatan Rakyat pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam.

“Tidak ada ruang untuk pensabotaj, Jawatankuasa Pusat (CC) telah membuat keputusan bahawa sesiapa yang mensabotaj parti semasa pilihan raya, dia akan dipecat,” katanya dalam ucapan pembukaan perhimpunan agung MCA yang ke 59 pagi ini.

Beliau menyeru penyokong dan ahli untuk memperkuatkan MCA dan menewaskan PR, dan mengingatkan mereka tidak boleh tewas dalam pilihan raya ini.

No comments:

Post a Comment