Monday 8 October 2012

MEMANG JANJI BN SUKAR DITEPATI?





KENANGAN....Pengarah Myne Resort, Tan Kum Peng mengabadikan kenangan di hadapan jambatan Kg Bilit pada 22 Mac 2012 yang belum lagi berubah wajah.

Saudara Pengarang,

SAYA merupakan salah seorang pekerja di salah sebuah Resort di Kinabatangan. Saya ingin membuat aduan tentang keadaan jambatan di Kampung Bilit yang sudah terlalu lama tergendala sekalipun Adun Sukau dan Ahli Parlimen Kinabatangan masing-masing telah berjanji untuk menyelesaikannya.

Sabahkini.net telah membuat liputan pada 23 Mac 2012 tentang keadaan jambatan di Kg Bilit melalui artikel bertajuk 'Jalan Sukau-Bilit Resahkan 14 Resort', namun saya hairan kenapa proses pembinaan jambatan memakan masa begitu lama kerana sehingga sekarang tiada sebarang aktiviti dilakukan oleh mana-mana kontraktor.

Persoalannya, pelancong yang berhasrat untuk bercuti di resort-resort sekitar Kampung Bilit terpaksa melalui jalan yang teruk dan berlubang serta terpaksa berjalan kaki setelah sampai ke jambatan.

Sampai bila kami perlu melalui jalan yang tersangat teruk keadaannya ketika kawasan lain di Sabah dilimpahi kemakmuran? Kampung Bilit merupakan kawasan pelancongan yang sudah terkenal di seluruh dunia. Apakah ini wajah pelancong yang ingin dibanggakan Malaysia?

Kami hairan kerana Sabah dan Malaysia yang mempunyai dua Menteri Pelancongan tetapi gagal berkordinasi dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kerjaraya bagi memastikan prasarana yang dibina sipa mengikut jadual?

Jikalah begini keadaannya, sebaiknya kontrak berkenaan diserahkan kepada mana-mana pemilik resort menyiapkannya daripada menanti kontraktor KAS Enterprise menggagalkan moto 1Malaysia, 'Janji Ditepati'?

Dengan mutu jalan dan jambatan setaraf 'Jalan Khinzir' yang dibina, kami kesal kerana cukai kami telah dibazirkan untuk mengkayakan kroni dan bukannya menyediakan kemudahan untuk rakyat.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,

BUDIMAN


No comments:

Post a Comment