Tuesday 30 October 2012

MUHIBBAH KUNCI MUAFAKAT DI SABAH





AGEH…Pairin menyerahkan sumbangan daging korban kepada penerima. Turut kelihatan Rosdi Padiman dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau, Harry Otigil.

Oleh : ROZIE JUMAT

TAMBUNAN : Hubungan yang erat di antara pemimpin tidak membataskan sempadannya dengan kepercayaan masyarakat yang diwakilinya. Bagi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sambutan  perayaan penduduk turut diraikan sambil mengerat dan memantapkan lagi semangat muhibbah yang terjalin di antara pemimpin dari pelbagai latar kepercayaan dan kaum.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, seorang yang memahami dengan mendalam kepercayaan agama masyarakat setempat. Ini kerana kata Pairin, beliau juga mempunyai keluarga  dan sahabat handai yang terdiri dari pelbagai kepercayaan agama termasuklah mereka yang beragama Islam dan memahami serta menghormati kepercayaan saudara maranya.  Sementara budaya kunjung mengunjungi mampu mengeratkan dan menambahkan lagi semangat saling hormat menghormati sesama masyarakat.

Ini dapat dilihat melalui kepimpinan Pairin, seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Sebelum ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu beliau turut mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pemimpin kerajaan negeri Sabah dan rakyat bagi sama-sama meraikan sambutan tersebut.

Bahkan di peringkat Parlimen Pairin turut mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan bersama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Liawan dan Pejabat Perhubungan Parlimen Keningau.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Korban ini Pairin turut memberi sumbangan dua ekor lembu kepada Masjid Al-Taqwa Keningau. Hadir sama semasa penyerahan itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) N.34 Liawan, Rosdi Padiman,  Pengerusi Masjid Dr Hj Mechor @ Abd Halim Juinis dan Penyelaras Korban Masjid Al-Taqwa Haji Darus Damian. Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau turut mengageh-agehkan daging lembu kepada penerima.

Seterusnya di hari yang sama, Pairin yang juga merupakan Wakil Rakyat Tambunan telah bersama dengan umat Islam di daerah Tambunan menyambut Hari Raya Aidiladha di perkarangan Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan. Program itu dianjurkan bersama Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan dan Usia Tambunan.

Sempena majlis itu Pairin telah meluluskan untuk membantu permohonan jawatan kuasa masjid Nurul Iman yang mahukan penambahan bangunan berbumbung untuk kemudahan umat.  Pairin turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk kegunaan hari korban di masjid tersebut, yang kemudiannya diageh-agehkan kepada orang ramai termasuklah anak yatim.

Turut sama di majlis itu ialah Drs.Selamat Hj.Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman, Sallehudin Tahir selaku Pengerusi Badan Dakwah Daerah, Imam Sanusi Satir, Ustaz Hj.Ismail Samiun selaku Penasihat Masjid Nurul Iman dan juga Azmi Hj. Sidik selaku Ketua Usia Bahagian Tambunan.

Sempena Hari Raya Aidiladha Daerah Tambunan turut diadakan majlis anugerah Ibu Mithali yang diterima oleh Fatimah Metiji, 97 tahun dari Kampung Nouduh, Tambunan. Beliau mempunyai 11 orang anak (3 orang telah meninggal dunia) dan menyara anaknya seorang diri selepas suaminya meninggal dunia pada tahun 1971.

Hasil didikan beliau kebanyakan anak-anak beliau bekerja dengan kerajaan dan memiliki perniagaan sendiri. Pada ketika ini beliau mempunyai 83 orang cucu, 59 cicit dan 7 orang piut. Hadiah anugerah itu disampaikan oleh Pairin.

29 comments:

  1. the people need to continue to give their full support to the Barisan Nasional government for continued development

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar BN dapat memperjuangkan hak milik penduduk, pasti juga akan memberi sokongannya.

      Delete
  2. people not to be influenced with the lies spread by the opposition

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people smart enough to value and differentiate.

      Delete
  3. Federal and state governments are attempting to accelerate the state’s economic development, with a focus on improving the physical and human resources infrastructure, as outlined in the 10MP

    ReplyDelete
  4. Early December that more than 500 villages in Sabah would gain access to the internet via satellite next year as part of the “Kampung Wi-Fi” project

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudahan untuk memang membawa manfaat kepada segelintir penduduk, tetapi, adakah bekalan asas seperti air & electrik jauh lebih penting?

      Delete
    2. Hope the people enjoy the free wi-fi.

      Delete
  5. Improving rural infrastructure is one of the government’s 6 National Key Results Areas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga lebih banyak golongan dimanfaatkan.

      Delete
  6. Perkembangan ekonomi harus seimbang. Kawasan luar bandar harus juga diberi perhatian.

    ReplyDelete
  7. Kami menantikan sama ada isu dan berita yang kurang baik ini akan menjejas prestasi BN di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  8. Semoga Pairin masih giat memperjuangkan hak dan kepentingan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  9. Sistem infra di Sabah adalah cabaran untuk rakyat. Banyak kawasan masih tiada perkembangan yang wajar khas sistem infra.

    ReplyDelete
  10. The government should priorotise their project.

    ReplyDelete
  11. semangat muafakat perlu ada dalam diri kita.

    ReplyDelete
  12. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permuafakatan di antara masyarakat setempat menjadi tonggak penting bagi memastikan kejayaan proses transformasi negara.

    ReplyDelete
  13. Hanya menerusi permuafakatan dan perpaduan yang kental yang ada dalam kalangan rakyat dapat mencapai matlamat perjuangan.

    ReplyDelete
  14. Program turun padang merupakan antara pendekatan yang berkesan bagi menyelami masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  15. “Amalan mendekati rakyat sudah lama kita amalkan, inilah kerajaan yang sentiasa prihatian kepada rakyat dan meringankan sedikit beban yang dialami oleh sebahagian rakyat yang kurang bernasib baik..."-Kurup

    ReplyDelete
  16. Interaksi pemimpin politik dan masyarakat dengan orang ramai dalam sesi turun padang ini secara langsung mampu mewujudkan hubungan harmoni yang akan menjadikan proses penyampaian serta penerimaan lebih mudah.

    ReplyDelete
  17. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Sesungguhnya Bajet 2013 adalah merupakan bajet yang terbesar dalam sejarah negeri Sabah. Rakyat perlu menghakimi dan menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan Barisan Nasional Sabah dibawah pimpinan Datuk Musa Aman yang sentiasa berhati-hati, berhemat dan telus dalam mengurus kewangan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  18. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Pada tahun 2001 Akaun Hasil Disatukan hanya berjumlah lebih kurang RM100 juta sahaja. Pada waktu itu, kerajaan tidak berupaya untuk membayar kenaikan gaji dan bayaran bonus kepada anggota perkhidmatan awam negeri sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun, dengan Pengurusan Bajet dan Pengurusan Hasil yang berhemat dan bijak, Akaun Hasil Disatukan telah meningkat dari tahun ke tahun dan semakin kukuh. Pada tahun 2011, Akaun Hasil Disatukan telah meningkat kepada RM3.3 bilion dan ini merupakan catatan tertinggi dalam sejarah kewangan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  19. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Kedudukan hasil pada awal tahun 2001 pula ialah sebanyak RM1.2 bilion sahaja. Hasil tahun 2011 telah meningkat empat kali ganda iaitu mencecah jumlah RM4.4 bilion. Untuk pengetahuan semua, jumlah hasil yang telah dikutip sejak tahun 2001 hingga tahun 2011 adalah berjumlah RM28.14 bilion.

    ReplyDelete
  20. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Manakala bagi rekod perbelanjaan negeri pula, pada tahun 2001 jumlah perbelanjaan hanya berjumlah RM1.15 bilion sahaja. Sejak dari itu perbelanjaan negeri terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah RM4.36 bilion pada tahun 2011. Ini membawa jumlah keseluruhan Perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut sebanyak RM24.93 bilion. Walaupun dengan perbelanjaan yang meningkat setiap tahun, kerajaan negeri Sabah masih berjaya mengukuhkan Akaun Hasil Disatukan negeri melebihi RM3 bilion.

    ReplyDelete
  21. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Rakyat sendiri boleh menilai prestasi dan kecemerlangan yang dihasilkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin dan peka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Tidak akan wujud Kerajaan ini jika tidak dengan sokongan dan dukungan rakyat. "Umpama air dicincang tidak akan putus, ibarat isi dengan kuku" – demikianlah dekatnya kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  22. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Namun kita sedar akan wujudnya dalang-dalang tertentu yang sentiasa menghasut, mengadu domba dan mengapi-apikan rakyat, supaya rakyat membenci dan memusuhi Kerajaan dengan membuat tuduhan, tohmahan, hasutan serta menabur fitnah. Niat jahat mereka ini termasuklah yang disebarkan menerusi media siber dengan tujuan untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan.

    ReplyDelete
  23. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Ini ditambah lagi dengan janji-janji manis pembangkang melalui pembentangan bajet mereka yang bercita-cita besar atau ‘ambitious’ kononnya Sabah akan menikmati kadar royalti minyak yang berlipat kali ganda serta pelbagai janji kosong yang mengasyikkan. Hakikatnya janji-janji populist itu bukan sahaja tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata umpama angan-angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta menghancurkan masa depan negeri dan negara, akibatnya rakyat juga yang akan sengsara dan menderita.

    ReplyDelete
  24. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    SABAH DALAM LANDASAN YANG TEPAT MENUJU STATUS NEGERI MAJU

    Kerajaan Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak berani berjanji kepada rakyat jika kerajaan tidak mempunyai kesanggupan atau kemampuan untuk menunaikan janji. Lagi pun, apa guna berjanji jika tidak boleh ditepati? Kerajaan BN berjanji berdasarkan keupayaan dan pertanggungjawaban. Walhal pembangkang berjanji hanya untuk menyedapkan telinga rakyat sedangkan janji mereka adalah janji palsu yang sebenarnya mustahil untuk dipenuhi.

    ReplyDelete