Sunday 14 October 2012

NAJIB TANYA KIMMA: SIAPA ALI HAMSA?




           
Oleh : NIGEL AW
             
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba meredakan aduan bahawa masyarakat India Muslim dipinggirkan dengan berkata golongan itu sebenarnya diberikan jawatan paling tinggi dalam kerajaan.

Najib at Kimma conference"Siapa ketua setiausaha negara?" katanya merujuk kepada aduan bahawa masyarakat India Muslim kurang diwakili dalam kerajaan.

Jawatan itu kini disandang Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatan pada 23 Jun.

Berucap dalam acara pembukaan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-36 hari ini, Najib mengulas ucapan presiden parti itu Syed Ibrahim Kader yang berkata masyarakat mereka ketinggalan.

Najib berkata, Ali seorang yang baik dan OK dengan pelbagai pihak sama ada Melayu atau Kimma, justeru tiada perbezaan atau pemisah dalam isu ini.

"Kita dalam kapal yang sama," kata Najib lagi.

Kesetiaan Kimma tidak dapat dinafi

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata, agenda transformasi negara, termasuk matlamat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020, memerlukan sokongan padu semua pihak.

"Kita perlu sokongan padu untuk dapat mandat yang kuat kerana kita ada agenda yang cukup indah untuk negara ini, ini bukan mimpi-mimpi yang tidak berpijak pada bumi yang nyata," beliau dipetik sebagai berkata.

Kimma conference crowdAgensi berita nasional juga melaporkan Najib sebagai berkata, Kimma yang merupakan rakan akrab dan setia BN sejak ditubuhkan 36 tahun lepas perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno berkata kesetiaan Kimma kepada kerajaan tidak dapat dinafikan, malah "Kimma akan terus merupakan satu tenaga yang kuat dalam landskap politik tanah air ini."

"Kimma akan terus merupakan rakan setia, rakan komited kepada BN," katanya mengenai ahli gabungan Umno sejak Ogos, 2010.

Najib juga turut memuji pencapaian masyarakat India Muslim dalam mengendalikan lebih 120 jenis perniagaan, terutamanya dalam bidang pertukaran wang asing dan restoran. (MKINI)

No comments:

Post a Comment