Friday 26 October 2012

NAZRI TIDAK PASTI DERMA MASUK AKAUN PERIBADI






Oleh : CLARA CHOOI


KUALA LUMPUR : Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak pasti jika RM40 juta 'derma politik' untuk Umno Sabah telah masuk ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin Umno, seperti yang didakwa oleh seorang bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan bukan kepada akaun parti pemerintah itu sendiri.

Menteri Undang-Undang, yang telah menjawab pertanyaan tentang kontroversi ini sejak beberapa minggu lalu di Parlimen, memberitahu The Malaysian Insider bahawa jawapan beliau kepada Dewan berdasarkan kepada laporan diterima daripada pihak berkuasa.

“Secara jujurnya, saya tidak tahu butiran maklumat tersebut. Apa yang saya lihat ... dan jawapan yang diberikan kepada saya dan saya jawap dengan sewajarnya,” katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing berkata pada Selasa malam lalu bahawa RM40 juta telah dimasukkan ke akaun peribadi pemimpin Umno, mempertikaikan dakwaan Nazri sebelum itu bahawa wang telah dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong.

Bumburing juga berkata bahawa ahli keluarga pemimpin Umno tersebut yang tidak beliau namakan, telah diberi akses kepada akaun ini, dan pernah membuat pengeluaran wang 'sedikit demi sedikit'.

 “Periksa,” kata Nazri ketika ditanya tentang perkara ini.

Beliau menambah bahawa 'tidak menjadi masalah' jika Pakatan Rakyat (PR) mahu melaporkan perkara itu kepada Bank Negara Malaysia (BNM), sambil mengatakan mana-mana individu mempunyai hak untuk melakukan perkara sama.

“Mereka membuat tuduhan baru. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengatakan ya atau tidak. Jika mereka mahu memeriksa, mereka boleh periksa. Apa yang anda mahu saya katakan?” kata menteri itu.

Terdahulu semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pakatan itu akan membuat laporan kepada bank pusat, memetik kemungkinan pengubahan wang haram dalam 'derma politik' RM40 juta kepada Umno Sabah, yang menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

“Jika dia (Rafizi) mahu melakukannya, biarlah dia melakukannya. Tiada masalah. Secara jujur, beliau mempunyai hak untuk meminta BNM melihat dakwaan ke dalam tuntutan pengubahan wang haram. Tiada masalah,” kata Nazri.

Ahli parlimen Padang Rengas menambah bahawa tidak ada yang salah dari segi undang-undang dengan sumbangan, tanpa mengira saiz sumbangan.

“Ia adalah sumbangan,” beliau memberi alasan, apabila ditimbulkan bahawa sumber derma itu dipersoalkan.

“Anda tidak boleh menganggap bahawa jika ia (derma) besar, maka sumber mesti haram. Tetapi jika dia (Rafizi) mahu untuk memeriksa, biarlah dia periksa,” Nazri menambah, apabila ditanya lagi jika apa-apa derma harus dianggap diterima tanpa mengira saiz dan sumber.

Di Parlimen awal bulan ini, didedahkan bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah 'derma politik' untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.

Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes ketua Umno Sabah itu.

Ahli parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan menuntut pentadbiran Najib untuk mendedahkan sumber derma tersebut dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.(TMI)

No comments:

Post a Comment