Tuesday 16 October 2012

PAKATAN AMAL PERPADUAN 'TAHI KAMBING'?





Oleh : HJ WAHAB TIMPAI WAHAB

DIKHABARKAN bahawa mantan Wakil Rakyat Kemabong, Datuk Limon bin Laikim yang kini aktif memimpin APS di Tenom akan bertanding di kawasan Parlimen Tenom pada PRU 13 dengan menggunakan lambang PKR.

Persoalannya, apa sudah jadi dengan Ketua Cabang PKR Tenom, Datuk Halik Zaman yang bertungkus lumus memartabatkan imej parti itu, sejak 2010? Akurkah PKR Tenom meminjamkan lambang mereka kepada APS?

Seperkara lagi, STAR dan SAPP juga akan menurun kuda masing-masing, sama ada DUN Melalap dan Kemabong. Paling mengejutkan, sempena Ceramah Perdana Anwar Ibrahim di Tenom; STAR turut menganjurkan Majlis Cermah Politik mereka di Hotel Perkasa yang dihadiri oleh Dr.Jeffery Kitingan pada tarikh dan masa yang sama.

Manakala APS pula mengadakan ceramah di Kampung Ulloi pada keesokan harinya sehingga membuatkan rakyat bingung kerana ibarat kata pepatah Pakatan Rakyat umpama 'Tahi Kambing'; bersatu di dalam, berterabur di luar!

No comments:

Post a Comment