Friday 19 October 2012

PAKATAN RAKYAT MESTI TAWAN SABAH KALI INI.





Saudara Pengarang,                     

HARI semakin senja, akan tetapi pembangkang Sabah masih belum mencapai kata sepakat, untuk berdepan BN; sama ada STAR, SAPP, APS, PPS  dan PR masih mencari formula terbaik untuk ke medan tempur kelak.

STAR dan SAPP, berkeras mahu DUN ditandingi parti tempatan, akan tetapi PR tidak menindakkan saranan demikian. Jika kita lihat senario sekarang, jalan terakhir, maka sudah pasti PRU 13 ini akan terjadi pertempuran terbuka untuk  semua, antara SAPP, STAR dan PR.

Sementara itu APS dan PPS mungkin mengunakan payung parti PR, jika permohonan mereka tidak diluluskan menjelang PRU 13 ini. Jika pertempuran sesama pembangkang ini terjadi, maka rakyat Sabah sudah tentu kecewa kali ini. Akan tetapi apa boleh buat, ini adalah kenyataan sejak awal lagi mereka ini tidak boleh kerjasama.

Maka rakyat Sabah kali ini pasti, akan membuat keputusan tepat, dengan memberi keyakinan pada PR, untuk membentuk kerajaan baru Sabah. Apatah lagi setelah melihat kejayaan kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang itu.

Sememannya menjadi cemburu setiap rakyat Sabah, untuk mengidamkan pemerintahan PR di Sabah kali ini, terutama setelah kita lihat Budget PR Sabah yang sangat menarik itu.

Maka adalah sewajarnya PR diberi peluang kerana negara ini adalah sebuah negara demokrasi. Tiada sesiapa boleh menghalang sesiapa untuk bertanding, termasuk STAR dan SAPP. Jika akhirnya mereka terpaksa berdepan sesama sendiri, maka sewajarnya rakyat sabah dapat menilai arus politik antara PR dan parti tempatan seperti SAPP dan STAR itu.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment