Wednesday 24 October 2012

PEMANDU TEKSI AKAN BERPALING TADAH?



     

Oleh : LU WEI HOONG
             
SEKUMPULAN pemandu teksi yang menggelar diri mereka sebagai NGO Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) mengancam untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan tidak memenuhi 15 tuntutan mereka.

Presidennya, Mohd Ridzwan Mohd Daud berkata kerajaan perlu lebih cakna dengan kebajikan pemandu teksi.

Beliau mahu kerajaan memberikan permit teksi individu kepada pemandu, bertindak terhadap pendatang asing yang memandu teksi dan menghapuskan sewa teksi pada hari Ahad dan hari kelepasan am.

"Kami mahu kerajaan pertimbangkan bahawa walaupun jumlah pemandu teksi sedikit, katakan 50,000 orang, setiap pemandu teksi akan membawa sekurang-kurangnya 20 penumpang sehari.

"Bagaimana jika Duta Pelancongan (pemandu teksi) ini menjadi 'Duta Pakatan' semasa tempoh kempen pilihan raya?

"50,000 pemandu teksi membawa 20 orang penumpang sehari bermakna satu juta orang (pengundi). Apa-apa pun boleh berlaku dalam tempoh kempen selama dua minggu," kata Ridzwan pada sidang media di pusat operasi PKR untuk parlimen Ampang.

No comments:

Post a Comment