Saturday 20 October 2012

PEMBANGKANG BERNAFSU BESAR, BERJANJI KOSONG





KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan belanjawan alternatif 2013 oleh Pakatan Rakyat (PR) Sabah yang diumum Rabu lepas sebagai bercita-cita besar dan penuh dengan pelbagai janji kosong.

Beliau berkata belanjawan pembangkang itu juga dianggap sebagai satu daripada taktik untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Hakikatnya, janji-janji populis itu bukan sahaja tidak realistik, tetapi tidak berpijak di bumi nyata umpama angan-angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta menghancurkan masa depan negeri dan negara. Akibatnya rakyat juga yang akan sengsara dan menderita," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2013 di Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.

Rabu lepas, PR negeri mengumumkan perbelanjaan sebanyak RM7.284 bilion untuk pembangunan tahun depan meliputi aspek sosial, ekonomi dan kebajikan di Sabah dan turut mengambil kira janji 20 peratus royalti minyak jika gabungan parti pembangkang itu diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata kerajaan di bawah BN tidak berani berjanji kepada rakyat seperti itu jika tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikannya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment