Friday 12 October 2012

PENJAWAT AWAM DITAHAN CABUL REMAJA





SANDAKAN: Pihak polis telah menahan seorang penjawat awam selepas didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah rumah di Jalan Leila, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata suspek berumur 20-an ditahan sejurus laporan polis dibuat oleh mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, katanya, mangsa yang berumur 19 tahun merasa ada orang menciumnya sewaktu sedang tidur.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah terjaga dari tidur yang mana telah menyebabkan suspek terkejut lalu melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Rowell berkata, suspek yang dipercayai masuk ke dalam bilik mangsa melalui tingkap telah berjaya ditahan pada sebelah malam hari yang sama.

Pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. (UB)

No comments:

Post a Comment