Sunday 21 October 2012

PROGRAM J-QAF PELENGKAP DIRI





JOHAN...Dato Sri Nasir (tiga kiri) diringi Ustaz Bongsu Aziz Jaafar (tengah);Ustaz Hj.Mohd.Nordin Ibrahim (dua kiri) dan Ustaz Ahmad Zaki Arsad (kiri) menyampaikan hadiah Johan Keseluruhan pertandingan kepada wakil  KAFA Daerah Tawau,  Ustaz Mohd.Amin (dua kanan) sempena majlis Ikhtifal Kafa Jakim Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Dato Sri Hj.Nasir Tun (Dr.) Sakaran, menyarankan golongan ibubapa memberi perhatian dengan menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Kelas Fardhu Ain (KAFA) untuk melaksana program J-QAF dan untuk melengkapkan diri sebagai panduan serta pedoman mengharungi arus globalisasi dunia penuh pancaroba kini.

Nasir berkata, berdasarkan laporan Penaziran KAFA 2011 terdapat sebanyak 47.33% iaitu 86,998 yang belajar di sekolah kebangsaan di negeri Sabah masih belum mengikuti kelas pendidikan agama samada melalui kelas KAFA atau Sekolah Agama Negeri (SAN).

Nasir menambah, manakala sejumlah 183,804 orang jumlah murid Islam yang belajar di Sekolah Randah dan SJKC negeri Sabah juga turut tidak mengikuti kelas KAFA.

Justru itu, katanya, ilmu Al-Qur'an dan Fardhu Ain merupakan cabang ilmu yang wajib dituntut setiap orang Islam bermula dari golongan kanak-kanak hingga ke golongan dewasa.

"Jika berlaku pengabaian terhadap ilmu ini akan memberi implikasi besar dalam pembentukan akhlak dan syahsiah individu," kata Nasir.

Beliau berkata demikian sempena majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Tabung Haji dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Mufti Kerajaan Negeri Sabah,Ustaz Haji Bongsu Aziz Jaafar; Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Ustaz Hj.Mohd.Nordin Ibrahim; Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Hj. Ahmad Zaki Hj.Arsad serta penyelia-penyelia seluruh negeri.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah, turut menyarankan supaya semua pelajar SAN turut menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Ko-Kurikolun (UPKK) selaras dengan usaha penyelarasan kurikulum SAN dan SAR dan KAFA yg turut diresolusikan dalam Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Pengajian Rendah yang telah diadakan pada 26-27 Februari lalu.

Katanya, peperiksaan yang dilaksana di seluruh Malaysia ini amat penting bagi memantapkan keupayaan pengetahuan murid-murid yang berada di tahun lima dari segi teori dan amali asas ilmu Farhu Ain.

"Adalah menjadi satu pakej yang bernilai jika anak-anak umat Islam negeri ini dilengkapkan dengan tiga (3) sistem pensijilan di peringkat sekolah rendah iaitu memiliki Sijil UPKK di tahun lima dan Sijil Rendah Ugama serta Sijil UPSR," kata Nasir.

Nasir menjelaskan, berlaku peningkatan mutu pencapaian UPKK 2012 sebanyak 19.7% jumlah pelajar yang mendapat 8A berbanding 9.32% yang mendapat 8* dalam UPKK 2011.

Katanya, keputusan penuh UPKK 2012 akan diumumkan secara rasmi kelak selepas pengistyiaran keputusan itu di peringkat Persekutuan sementara pihak negeri Sabah akan mengumumkan keputusan rasmi pada November ini.

No comments:

Post a Comment