Friday 26 October 2012

PROJEK BAWAH RM100 JUTA UNTUK MELAYU?





SERAH....Datuk Hussein Al-Habshee menyerahkan 'Rumusan KEM-2012' kepada Tun Dr Mahathir.

Oleh : LEE WEI LIAN

KUALA LUMPUR : Kongres Ekonomi Melayu hari ini meluluskan resolusi bagi mencadangkan tender kerajaan bernilai bawah RM100 juta diberikan melalui rundingan terus kepada syarikat Melayu.

Kongres berkenaan turut menggesa GLC agar mempunyai agenda pengukuhan Melayu dan dipantau menerusi 'key performance indicators' (KPIs).

"Dasar Ekonomi Baru gagal mencapai objektifnya," kata Datuk Syed Ali Alattas, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

"Jurang antara Melayu yang merupakan majoriti dan mewarisi negara ini berbanding kaum lain amat membimbangkan."

Beliau turut berkata agensi kerajaan juga telah 'Hilang keMelayuannya' untuk membantu usahawan Melayu.

Selain itu, resolusi lain termasuk menentang rasuah, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa dan menggesa rombakan dalam Teraju, sebuah agensi pembangunan Bumiputera.

Kongres itu menjelaskan 'kepimpinan yang lemah' dalam Teraju merupakan punca kepada kegagalan inisiatif agenda Melayu.

Ia termasuklah kegagalan memperuntukkan peluang ekonomi kepada usahawan Melayu, kegagalan mengagihkan dana, dan kurangnya arahan dan komunikasi.

Kongres itu turut menjelaskan Teraju perlu di ubah kepada individu yang mempunyai aspirasi Melayu yang tinggi dan mempunyai kuasa kementerian.

Malah, kongres berkenaan turut menuntut kursus khas untuk kakitangan kerajaan dan ahli politik untuk mendidik mereka berkenaan agenda Melayu.

Kongres itu juga menyatakan menjadi keutamaan kepada syarikat Bumiputera dalam tender kerajaan.

Resolusi lain yang dicadangkan termasuklah penubuhan firma audit yang dijalankan oleh Melayu untuk mengaudit GLC dan agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment