Tuesday 30 October 2012

RAKYAT BERJAYA METERAI MOU DENGAN FRIM





KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah Group menerusi Rakyat Berjaya (RBJ) Sdn Bhd (RBJ) hari ini memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan perhutanan.

Pengerusi RBJ Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul berkata MoU keempat itu, bagi tempoh lima tahun, meliputi lebih banyak aspek proaktif berbanding perjanjian sebelum ini untuk mencapai kejayaan dan keputusan terbaik yang akan membuka peluang kepada pengkomersilan.

"MoU ini akan meningkatkan dan memperluas objektif kami sebelum ini dengan merangkumi dan menekankan beberapa bidang utama dalam kajian Gaharu, Rotan Jernang (spesis rotan yang menghasilkan resin dragon blood), mendokumenkan pengetahuan tradisional etno-perhutanan dan pendidikan alam semula jadi," katanya dalam ucapan aluan pada majlis MoU itu.

Beliau berkata peluang ini akan memastikan sokongan Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha meningkatkan modal insan, selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembangunan sumber manusia.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat, Rosmawati Lasuki. (Bernama)

No comments:

Post a Comment