Friday 19 October 2012

RAKYAT SABAH BENCI SABAHKINI.NET?





AGAK menghairankan hanya 5 daripada 30 penderma Sabahkini.net adalah rakyat Sabah, manakala selebihnya warga Malaya dan asing. Walaupun Sabahkini.net tidak menetapkan jumlah derma yang boleh dimasukkan ke akaun semasa 564128621872 atas nama Sabakini Media Network di Maybank; namun jumlah derma minima yang disarankan, RM10.

Sekiranya rakyat Sabah tidak memerlukan khidmat Sabahkini.net; maka kami tidak mempunyai pilihan untuk mengubah liputan ke Lembah Kelang dan Semenanjung Malaysia kerana kos yang semakin meningkat dan mereka membantu Sabahkini.net berbanding rakyat Sabah sendiri.

Atau memang rakyat Sabah benar-benar miskin dan tidak mendapat liputan media? Tetapi berdasarkan hit dan pengunjung tetap; ramai yang mampu 'berhibur dengan Sabahkini.net' lebih daripada 12 jam sehari!

Bantulah kami kerana dengan bantuan anda kami akan bantu menyalurkan keluhan, masalah dan harapan anda. Mungkin agak memalukan, tidak ada parti politik di Sabah yang menghulurkan menderma walaupun setiap hari berita mereka mendapat liputan langsung. Jika mereka bakhil, bagaimana kami mahu meneruskan tugas kami memberi anda maklumat  terkini yang tidak dapat dicapai media alternatif lain? Atau memang benar kami tidak diperlukan lagi?

Sesuatu yang agak mengejutkan kerana sebelum RCI diumumkan Perdana Menteri, ramai yang terhegeh-hegeh memberikan pandangan, tetapi setelah Sabahkini.net membuka RCI Sabah Official Page; terlalu sedikit yang 'Like' sedangkan melalui 'page' berkenaan  yang dibuat secara interaktif, kita boleh bertukar maklumat dan pandangan.

Mungkinkah rakyat Sabah dibayangi ketakutan atau memang mereka benar-benar takut setelah Penjanjian Damai MILF-MANILA ditandatangani kerana bimbang kumpulan MNLF dan serpihan Abu Sayyap akan kembali mengganas dan mengancamkan keselamatan sehingga tidak ramai yang berani menurunkan komen atau berbahas secara langsung dengan editor?

Salam Hormat,

JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
Sub-Editor Kanan.

No comments:

Post a Comment