Monday 22 October 2012

RCI WAJIB SIASAT YAHYA DAN SAMSUDDIN





SAMBUNG......Penyambungan kontrak Samsuddin sebagai Pengerusi Ko-Nelayan pada 30 Julai 2012 lalu menunjukkan ada rahsia di sebalik peristiwa. Kelihatan Yahya menyerahkan watikah kepada Samsudin sambil diperhatikan oleh Ujang (tengah), Masood (kiri) dan Mijol (kanan).

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

WALAUPUN terpalit dengan pelbagai skandal, tetapi Adun Sekong, Samsuddin Yahya tetap dilantik sebagai Pengerusi Ko-Nelayan bagi tempoh tiga tahun lagi sedangkan agensi ini telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan penyeludupan dan pemalsuan rekod diesel bersubsidi.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyerahkan watikah perlantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) kepada Samsudin Yahya dan ADUN Banggi, Datuk Mijol Unaini, pada 30 Julai lalu.

Kedua-dua wakil rakyat itu dilantik semula ke jawatan masing-masing bagi tempoh 3 tahun mulai 2012 hingga 2014; setelah tertangguh selama lebih tiga bulan atas bantahan rakyat Sabah.

Ko-Nelayan merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah (MAFI) yang diketuai Yahya Hussin.

"Majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Yahya adalah Setiausaha Task Force UMNO, iaitu sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc yang ditubuhkan UMNO untuk memberi kerakyatan songsang kepada PATI dalam Ops Gembleng," kata Citra yang mendesak agar Panel RCI yang ditubuhkan memanggil Yahya untuk memberi keterangan kerana penglibatannya bersama Haji Awang Kahar, Haji Abu Ali Ganturon dan Jabar Khan Napi, bukan lagi rahsia.

Tegas Citra, Samsuddin telah membantu ramai PATI termasuk gundiknya, Datin Pia Dahlan, memalsukan keterangan diri dengan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sehubungan itu, fokus Panel RCI hendaklah mengesan beratus ribu PATI yang telah diberikan kerakyatan songsang oleh dua tokoh politik ini yang saling bantu membantu dan menutup rahsia antara satu sama lain.

"Saya telah beberapa kali membuat laporan polis terhadap Samsuddin, tetapi polis belum memanggil saya untuk memberi keterangan. Mungkin kerana beliau pemimpin UMNO, maka SPRM dan Polis KIV semua laporan saya," ujar Citra yang menggesa agar Panel RCI tidak memilih bulu dan menjalankan siasatan secara saksama.

No comments:

Post a Comment