Saturday 20 October 2012

RM3.15 JUTA UNTUK 900 WARGA K' PENYU





BANTUAN..... Azizah menyampaikan bantuan kerusi roda kepada penduduk yang diwakili keluarganya.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
           
KUALA PENYU:Kerajaan membelanjakan RM3.15 juta setahun untuk bantuan kebajikan kepada kira-kira 900 penduduk Daerah Kuala Penyu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berakata daripada jumlah itu RM135,000 adalah untuk bantuan kebajikan kanak-kanak di sini.

“Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap kebajikan rakyat di negara ini. Pelbagai bantuan dan peruntukan disalurkan untuk membantun rakyat. Melalui Karisma sahaja sebanyak RM1.2 billion telah diperuntukkan dan RM3.15 juta setahun dibelanjakan untuk bantuan kebajikan kira-kira 900 penduduk di daerah ini dan 36 kanak-kanak turut mendapat bantuan dengan perbelanjaan RM135,000 setahun.BN mampu lakukan ini untuk membantu penduduk kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penyampaian Sijil Lantikan Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) Kuala Penyu dan taklimat Ringkas Fungsi dan Peranan JKKD di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Isnin Aliasnih, Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu, Abd Rakim Yakob, Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pengerusi JKKD Kuala Penyu, Rahim Nuriman.

Pada majlis itu Azizah yang juga Adun Klias, turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan sepuluh meja beserta 50 kerusi untuk kegunaan Sekolah Agama Rakyat Kg Linsuk Kuala Penyu.

Azizah berkata menjaga kanak-kanak adalah tanggungjawab yang amat penting sekali dan JKKD berperanan melahirkan generasi muda sebgai msayarakat yang baik dan mempunyai jati diri yang tinggi.

“Justeru itu saya amat berharap agar JKKD di sini dapat mengatur jadual program bukan sahaja di kawasan pekan tetapi secara menyeluruh di kampung-kampung bagi mencegah kanak-kanak dari terpengaruh dengan aktiviti yang tidak bermoral,” katanya.

No comments:

Post a Comment