Tuesday 16 October 2012

RM3.2B UNTUK KUARTERS 'TAK MEMUASKAN'




           
Oleh :  AIDILA RAZAK


LAPORAN Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen kelmarin mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion, namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.

Kos untuk 38 projek tersebut yang melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo; pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka, manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL; satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.

Menurut laporan tersebut, USL didapati 'tidak berpengalaman' dan pegawai teknikal syarikat itu pula 'kurang kompeten' untuk menyiapkan projek tersebut.

No comments:

Post a Comment