Sunday 14 October 2012

RUMAH DIROBOHKAN BUKTI KEZALIMAN UMNO



 


Oleh : MOHD FIRDAUS MOHD NOOR

KOTA KINABALU:  Masyarakat miskin dan kurang bernasib baik terus mendapat perhatian dan pembelaan Pemuda PAS apabila parti itu menghulurkan sumbangan kepada dua buah keluarga yang rumahnya dirobohkan kontraktor untuk tujuan projek pembangunan.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata, bantuan tersebut itu merupakan inisiatif pihaknya untuk membela nasib mereka yang memerlukan bantuan.

Katanya, meskipun rumah terbabit didirikan atas tanah milik orang lain, kerajaan negeri perlu memikirkan bentuk bantuan dan perhatian yang sewajarnya bagi membantu keluarga terbabit.

 “Kerajaan yang ada ni, roboh tu... roboh juga lah. Bentuk bantuan dan pertolongan perlu harus diberikan. Ini rakyat... mereka yang mengundi kamu, rakyat sah dan tulen dari Sabah.

“Kalau begini sikap dan perhatian kerajaan negeri, maka buat apa lagi rakyat Sabah mahu undi Barisan Nasional. Cukup-cukuplah penyiksaan dan penindasan yang dilakukannya itu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Sepanggar berkata keperihatinan PAS dalam soal kebajikan masyarakat sememangnya diutamakan dan diberi perhatian sejajar dengan hasrat parti yang sentiasa dekat dan mendampingi masyarakat setempat khususnya yang kurang bernasib baik. 






“Hari ini, kita menghulurkan sedikit sumbangan kewangan kepada keluarga terbabit dan kita juga akan berusaha untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkaitan agar keluarga ini mendapat perhatian sewajarnya.

“Di Sabah ini, banyak perumahan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kerajaan boleh ambil inisiatif tempatkan mereka (keluarga) ini”, katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan PAS Kawasan Sepanggar kepada keluarga terbabit.

Sementara itu, salah seorang keluarga malang berkenaan Riatih Unuh, 50, melahirkan rasa syukur di atas bantuan berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan PAS dalam membantu mengurangkan beban beliau sekeluarga.

“Makcik tidak kisah mahu makan apa pun. Sekalipun makan nasi berlaukkan garam. Sejak kami pindah bermalam dan menumpang disini, tidak ada YB yang datang menjenguk.

“Rumah pun tidak dibagi, jadi kami tinggal disinilah,” katanya.

No comments:

Post a Comment