Tuesday 9 October 2012

SABAH HARAP SELATAN FILIPINA KEMBALI AMAN





KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menyambut baik pengumuman rangka perjanjian damai yang dicapai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata inisiatif yang begitu ditunggu-tunggu akan membuka jalan ke arah perdamaian berdasarkan hak sivil Bangsamoro, satu cara hidup dan prospek baru bagi masa depan mereka yang lebih baik.

Ini merupakan detik cukup bersejarah dan kedatangan era baru buat Bangsamoro. Ia mencerminkan komitmen ke arah menamatkan keganasan yang berlaku sejak beberapa dekad dan memberikan rakyat Bangsamoro hak untuk tinggal dan bekerja di tanah air mereka sendiri dengan aman," katanya dalam satu kenyataan di sini isnin.

Pengumuman itu dibuat pada akhir rundingan peringkat awal ke 32 antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 2 hingga 7 Okt.

Musa, yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, memuji Presiden Aquino dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana azam mereka hingga tercapainya perjanjian damai itu.

"Sebagai jiran rapat Filipina, kami di Sabah bangga kerana Malaysia memain peranan menyediakan kemudahan untuk rundingan itu. Kami menunggu-nunggu untuk melihat matlamat perjanjian itu dicapai," kata beliau. (Bernama)

21 comments:

  1. Kami harap Filipina kembali aman.

    ReplyDelete
  2. kalau kembali aman bolehlah pemegang IMM13 dan pati di sabah dihantar pulang ke tempat asal mereka.

    ReplyDelete
  3. diharap perjanjian damai itu akan termeterai dengan segera.

    ReplyDelete
  4. Harap2 pelarian Filipina yang ada di Sabah juga akan dikembalikan semua sekali ke tempat asal mereka.

    ReplyDelete
  5. Perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan ditandatangi secara formal 15 Oktober ini.

    ReplyDelete
  6. Presiden Filipina Benigno Aquino (gambar) berkata, satu rangka kerja telah dicapai hasil perbincangan dengan MILF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara perkara utama rangka kerja dipersetujui ialah:

      - Mewujudkan wilayah autonomi baru, lebih luas

      - Pengunduran tentera Filipina secara berperingkat

      - Menjamin hak asasi manusia dan demokrasi

      - Menjanjikan pembangunan dan pengagihan kekayaan semula jadi secara adil

      - Mengembangkan mahkamah syariah bagi penduduk beragama Islam

      Delete
  7. Perundingan antara MILF dan Kerjaaan Filipina berlarutan lebih 15 tahun, yang turut tergendala disebabkan keganasan di wilayah selatan itu.

    ReplyDelete
  8. MILF berharap kandungan perjanjian dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum tempoh khidmat Aquino sebagai Presiden Filipina berakhir pada 2016.

    ReplyDelete
  9. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang lantang menyuarakan isu pendatang tanpa izin, menyifatkan pengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sebagai perkembangan terbaik untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan adanya suasana aman damai, terutama di selatan Filipina, rakyat negara itu tidak lagi perlu berhijrah ke Sabah untuk mencari pekerjaan atau mencari nafkah.

      Delete
  10. Pairin yakin rangka perdamaian itu akhirnya akan mengurangkan kebanjiran penduduk selatan Filipina ke kawasan lain, termasuk Sabah.

    ReplyDelete
  11. Perdana Menteri berkata beliau berbesar hati Malaysia dapat membantu memudahkan rundingan itu sejak 2001 dan meneraju Pasukan Pemantau Antarabangsa sejak 2004.

    ReplyDelete
  12. Hope they wont trouble themselves goin back to sabah soon

    ReplyDelete
  13. People says:
    how well or rich in other's home, own is much better

    ReplyDelete
  14. For sabahans, care for your peace and harmony so that wont goin to be migrant in other country.

    ReplyDelete
  15. Semua sememangnya mengharapkan keadaan di Negera jiran kita ini akan dapat keamanan.

    ReplyDelete
  16. Perjanjian Damai ini harus dilaksanakan secepat yang boleh untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
  17. Sekiranya Filipina aman lebih baik kerajaan Filipina menyuruh rakyatnya kembali ke Filipina

    ReplyDelete
  18. Pelarian Filipina boleh dihantar balik

    ReplyDelete