Wednesday 24 October 2012

SABAH SASAR KETIBAAN 3.1 JUTA PELANCONG





KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah menyasarkan ketibaan 3.105 juta pelancong tahun depan yang dijangka menjana pendapatan RM5.51 bilion, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Katanya, daripada jumlah ketibaan pelancong itu, seramai 930,000 disasarkan bagi ketibaan pelancong asing manakala 2,175,000 bagi pelancong domestik.

"Kementerian saya yakin sasaran ketibaan pelancong bagi 2013 akan dicapai dengan peningkatan akses udara ke Sabah."

"Hasil usaha berterusan kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah, terdapat perkembangan positif terhadap rangkaian udara negeri Sabah," katanya ketika membuat penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Selasa.

Menurut Masidi, antara perkembangan positif itu ialah hasrat syarikat penerbangan tambang murah AirAsia untuk memulakan penerbangan antara Davao, Filipina dan Kota Kinabalu bermula 1 Nov ini dan penerbangan antara Cebu, Filipina dan Kota Kinabalu pada Disember ini.

"Silk Air juga akan menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Singapura-Kota Kinabalu daripada tujuh penerbangan seminggu kepada 10 penerbangan seminggu bermula 31 Okt ini."

"MASWings pula akan memulakan perkhidmatan bagi laluan Puerta Princessa (Filipina) - Kota Kinabalu dengan tiga penerbangan seminggu," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment