Sunday 14 October 2012

SAHAM LYNAS MERUDUM





MELBOURNE : Saham pelombong bumi nadir, Lynas, merudum selepas satu mahkamah Malaysia melewatkan permulaan pengeluaran di kilangnya dekat Kuantan, Malaysia, bagi menimbangkan satu permohonan oleh penentang projek itu.

Lynas telah merancang untuk memulakan operasi di kilang pemprosesan bumi nadir pada bulan ini, berikutan kekecohan yang berpanjangan tetapi kini perlu menunggu sehingga November, selepas Mahkamah Tinggi Kuantan melanjutkan penangguhan sementara terhadap lesennya, kata Australian Associated Press.

Aktivis Alam Sekitar dan penduduk tempatan menentang kilang itu berasaskan dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan pencemaran radioaktif yang akan meresap ke dalam tanah dan air.

Saham Lynas merudum 14 sen atau 16.3 peratus dan kali terakhir diniagakan turun 72 sen.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia telah memberikan satu lessen beroperasi sementara kepada Lynas pada bulan lepas.

Bagaimana pun, kumpulan penentang “Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas” cuba mendapatkan semakan perundangan terhadap keputusan itu.

Mahkamah Tinggi Kuantan akan memutuskan sama ada akan menggantung permit operasi berkenaan, yang bergantung kepada semakan perundangan pada 8 Nov.

Kilang yang dirancang di Malaysia itu akan menjadi kilang bumi nadir terbesar di luar China. (Bernama)

No comments:

Post a Comment