Sunday 28 October 2012

SEMBIRAI KERING KONTANG DICELAH SUNGAI






Saudara Pengarang,

KAMPUNG Sembirai, Kota Belud boleh dimasukkan ke dalam buku Guinness Book Of World Record sebagai 'Kampung Tanpa Air' (KTA) sedangkan Kota Belud mempunyai beberapa batang sungai yang cantik, jernih dan berair deras.

Masalah air ini telah berlarutan hampir berdekad lamanya tetapi langsung tidak diambil perhatian oleh Adun dan Ahli Parlimen. Namun jika Wakil Rakyat dan Jabatan Air tidak dapat berbuat apa-apa tentang masalah air ini, saya mencadangkan agar mereka berundur secara terhormat sebelum ditolak rakyat dalam PRU-13.

Projek NKRA Bekalan Air Luar Bandar hanyalah cerita dongeng Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang hanya mahu mengaut keuntungan melalui projek 'Top-up' sedangkan penduduk terus menanti air yang tidak kunjung tiba sekalipun sungai tidak berhenti mengalir sedangkan penduduk menunggu 'Janji Najib Ditepati'

Salam Hormat,

JIKA DULLAH

No comments:

Post a Comment