Saturday 27 October 2012

SIASAT PUNCA ELEKTRIK TERPUTUS DI KKIA





PUTRAJAYA : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lalu yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.

Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap 'pihak yang cuai' tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

"Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kong berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang. (Bernama)

No comments:

Post a Comment