Monday 15 October 2012

SINAR CAHAYA BN TERANGI 25 RUMAH DI BAKALAU





Oleh : ABU BAKAR ESAH

REPLIKA....Azizah menyampaikan replika cek bantuan sebanyak RM22,624.60 untuk peyambungan bekalan elektrik di Kg Bakalau, Beaufort, baru-baru ini.

BEAUFORT: Penghuni 25 rumah Kg Bakalau yang bergelap untuk beberapa lama di sini akan menikmati cahaya kehidupan yang baru selepas bantuan talian penyambungan bekalan elektrik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Bantuan talian bekalan elektrik dan pemasangan 14 tiang menuju ke rumah penduduk berkaitan itu membabitkan kos berjumlah RM22,624.60.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah berkata bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin terhadap keprrluan rakyat dalam kehidupan seharian.

“Kerajaan mendengar denyut nadi rakyat dan pemimpin BN sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. Hari ini dengan bantuan ini peduduk di sini tentu akan menjalani kehidupan yang lebih selesa,” katanya sambil menyeru penduduk agar terus menyokong kerajaan BN demi kesinambungan pembangunan.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias juga mengingatkan agar penduduk tidak terpedaya dengan putar belit dan dakya pihak pembangkang yang hanya mahu meracuni fikiran rakyat untk membenci kerajaan BN.

“Pembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan kata-kata manis mereka. Kerajaan BN telah lama berbakti kepada rakyat dan berjaya membangun negera ini dengan baik. Justeru kita kita mesti terus beri sokongan kepada BN dan menolak pihak pembangkang,” katanya.


No comments:

Post a Comment