Sunday 7 October 2012

SPEAKER LARANG AHLI PAC KELUAR KENYATAAN AWAL





Oleh : IDA LIM

KUALA LUMPUR : Parlimen hari ini meminta Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tamat pembentangan dalam Dewan Rakyat.

Dalam surat yang dihantar kepada media, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, undang-undang ini dibuat untuk melindungi 'hak dan keistimewaan' Majlis Mesyuarat.

Beliau merujuk kepada Peraturan 85 dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dengan berkata "menyatakan larangan bagi mana-mana pihak untuk menyiarkan keterangan yang diberikan di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat sebelum penyata mengenai perkara dalam siasatan sesuatu Jawatankuasa itu dibentangkan kepada majlis mesyuarat".

Beliau berkata PAC merupakan lanjutan dari Dewan Rakyat dan fungsi  sebenar adalah mewakili majlis mesyuarat.

"Sepatutnya, adalah menjadi hak dan keistimewaan Majlis Mesyuarat untuk dimaklumkan terlebih dahulu apa-apa dapatan siasatan sesebuah Jawantankuasa. Justeru, sekiranya sesuatu keterangan itu telah didedahkan kepada pihak-pihak lain maka ia secara tidak langsung telah menghakis hak dan keistimewaan Majlis Mesyuarat

“….bagi memastikan integriti hak dan keistimewaan Majlis Mesyuarat kekal terpelihara, saya berpandangan agar Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan yang dilantik untuk tidak mendedahkan apa-apa keterangan atau perbincangan mengenai perkara-perkara yang disiasat atau dibentangkan oleh Jawatankuasa kepada pihak lain termasuklah dalam bentuk Kenyataan atau Siaran Media (press statement or press release) atau mengadakan Persidangan Media (press conference) sebelum penyata Jawatankuasa selesai dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat," katanya dalam surat tersebut.

Menurut beliau, tindakan pencegahan akan diambil kepada mana-mana pihak yang engkar atau tidak mematuhi kehendak Peraturan 85 untuk mengelakkan sebarang manipulasi atau dieksploitasikan keterangan untuk kepentingan pihak tertentu.

Surat tersebut bertarikh 27 Jun, 2012 dan terdapat surat yang ditulis tangan bertarikh 2 Oktober dialamatkan kepada anggota PAC. (TMI)

2 comments:

  1. Ahli PAC mohon ikut bertindak ikut arahan yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. Itulah yang terbaik. Harap pihak PAC akan menerima arahan yang diberikan.

    ReplyDelete