Thursday 4 October 2012

'SPRM BUKA 6 KERTAS SIASATAN KE ATAS KETUA NEGERI'




Oleh :   ABDUL RAHIM SABRI

SEORANG Anggota Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salahudin Ayub berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang 'Ketua Negeri' berhubung dakwaan rasuah.

"Namun, pendakwaan terhadap 'tokoh popular dan memiliki harta yang banyak' itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009," katanya tanpa menamakan individu tersebut.

MP Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan tersebut antaranya menyebabkan mahkamah tidak menerima kes pengakuan berkaitan rasuah tanpa bukti sokongan, seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.

MP PAS itu berkata, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.

"Kes rasuah ini, berlaku satu sama satu. Kita tak ada beri rasuah di tengah jalan atau diiklankan. Tetapi kelemahan undang-undang (seksyen) 23 dan 50 ialah mahkamah tidak menerima kes pengakuan tidak seperti Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (Panel Khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini. Sebab itu dalam kes rasuah ia memerlukan pengesahan (corroboration), tidak boleh mengaku sahaja... Sebab itu, kita mahu (peruntukan itu) dilihat semula," kata Naib Presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

SPRM pada tahun lalu mengakui sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pada Mei lalu, suruhanjaya itu menyatakan bahawa siasatan berhubung dakwaan rasuah itu masih belum diselesaikan. (MKINI)

17 comments:

  1. The Special Committee on Corruption (JKMR) has suggested the establishment of a service commission specifically for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM..Teruskan usaha menyelesaikan masalah kes Rasuah yang ada. Ini adalah tanggungjawab SPRM untuk menangani isu tersebut.

      Delete
  2. JKMR Chairman Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad said that through the formation of the proposed commission, the MACC could appoint experts and skilled staff to fight corruption and to dismiss officers through a special tribunal.

    ReplyDelete
  3. JKMR Chairman Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad said The formation (of the commission) will give more power to the MACC to make decisions without interference from any party so that the MACC is truly independent and transparent, thus dispelling public perception on the independent body.

    ReplyDelete
  4. However the implementation of the proposal required an amendment to the Constitution and a two-third majority in Parliament.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua ahli parlimen merasakam gejala rasuah perlu dibanteras habis-habisan maka semua ahli parlimen perlu menyokong cadangan ini.

      Delete
    2. Hanya dengan sokongan semua pihak barulah gejala rasuah dapat ditanggani.

      Delete
  5. kelemahan undang-undang (seksyen) 23 dan 50 harus diatasi...SPRM harus diberi lebih kuasa untuk membanteras gejala rasuah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sprm harus terus berusaha untuk mengatasi isu rasuah.

      Delete
  6. I think banishing the corruption case is vital.

    ReplyDelete
  7. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) plans to establish anti-graft secretariats in teacher training colleges nationwide this year, the Com­mission’s deputy chief commissioner (prevention) Datuk Sutinah Sutan said.

    ReplyDelete
  8. the latest initiative by the Commission aims to instill positive values among the trainee teachers, who would in turn, inculcate and promote these values to their students.

    ReplyDelete
  9. the Commission had already implemented the secretariat in all public universities in the country with similar plans for private universities in the works.

    ReplyDelete
  10. this initiative is to involve as many people as possible in anti-corruption related activities set up by the secretariats such as talks, competition and camps.

    ReplyDelete
  11. Setiap siasatan yang dibuat harus dipercepatkan penyelesaiannya supaya boleh buat hal lain lagi.

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang ada isu yang sengaja dipolitikkan.

    ReplyDelete
  13. apa pun, biarlah pihak yang berkuasa menyiasat setiap isu yang berlaku.

    ReplyDelete