Thursday 4 October 2012

SPRM PERLU DIBERI KUASA AUTONOMI




Oleh :  AKHBAR SATAR


CADANGAN agar sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan baru diwujudkan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menaik taraf Ketua Pesuruhjaya sebagai jawatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Hakim untuk memastikan kebebasan dan ketelusan adalah baik.

Cadangan ini memberi lebih kuasa kepada badan bebas berkenaan dalam membuat keputusan tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam usaha meletakkan badan itu benar-benar bebas dan telus, sekali gus menangkis pandangan negatif dan persepsi rakyat terhadap SPRM.

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan sendiri adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu semua pimpinan SPRM. Ia membolehkan badan pemantau antirasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawainya, termasuk semua proses pelantikan dan pemecatan pegawai tidak lagi dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

SPRM amat memerlukan sebuah badan khusus dalam pemilihan anggota, berdasarkan kualiti dan kredibiliti calon bagi melaksanakan tugas yang memerlukan kepakaran tertentu untuk memperkasakan aspek pencegahan rasuah di negara ini. Jika ia dapat dilaksanakan, maka ramai golongan profesional negara yang ingin berkhidmat dengan SPRM akan dapat berbuat demikian secara lebih mudah dan efisien serta dapat mengurangkan kerenah birokrasi.

Ini bukan bermakna SPRM akan mengambil pegawai dengan sewenang-wenangnya, tetapi SPRM akan menggunakan kaedah menemuduga yang lebih sesuai dan calon perlu menduduki ujian tertentu. Oleh kerana bilangan pengambilan pegawainya sedikit, mungkin tidak menjejaskan dasar pasaran buruh kerajaan.

Beberapa bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah, membayangkan bahawa beliau bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Penasihat SPRM, cuma isu ini perlu dibuat pindaan perlembagaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naik Status Seperti Kuasa Hakim

Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM kini dilakukan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Banyak pihak berpendapat bahawa secara logik beliau boleh dipengaruhi atau dipecat sama ada disebabkan tekanan politik atau kerana sebab lain. Oleh itu, sesetengah pihak mendakwa bahawa SPRM masih tidak benar-benar telus dan bebas.

Pada pendapat penulis memang baik, sekiranya Pesuruhjaya SPRM itu dinaikkan statusnya, sama seperti kuasa hakim yang tidak membenarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya memecat atau melucutkan jawatannya tanpa melalui proses tribunal. Tetapi kita perlu ingat bahawa sebuah negara masih diperintah oleh parti politik yang memenangi pilihan raya dan beliau sedikit sebanyak terpaksa akur kepada arahan kerajaan.

Apatah lagi jika Pesuruhjaya adalah seorang penjawat awam, tindakan yang tidak popular boleh menjejaskan masa depan dalam perkhidmatannya melainkan beliau menjalankan tugas yang diamanahkan dengan tegas dan berani menghadapi sebarang risiko. Oleh itu, penulis berpendapat kemungkinan besar Ketua Pesuruhjaya SPRM masih tidak mempunyai jaminan untuk menjalankan tugas dengan bebas dan tenteram.

Sementara itu Bajet 2013, SPRM menerima peruntukan sebanyak RM276 juta dan meluluskan sebanyak 150 perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai jumlah 5,000 anggota yang disasarkan. Walaupun peruntukan ini masih kecil, ia adalah pelaburan berbaloi untuk mewujudkan masyarakat yang bersih daripada gejala rasuah.

Perlu Aspek Integriti, Akauntabiliti

Dalam hal peruntukan ini, penulis berpendapat SPRM juga perlu diberi kuasa autonomi perbelanjaan kewangan iaitu tanpa merujuk kepada Kementerian Kewangan untuk berbelanja. Peruntukan agensi ini diperoleh terus daripada Parlimen dengan peratus kenaikan tetap setiap tahun seperti yang diamalkan oleh ICAC Hong Kong. Ini disebabkan proses membina agensi pencegahan rasuah yang teguh, dinamik dan viable bergantung kepada kewangan yang stabil serta mengendalikan hal-hal kewangannya tanpa banyak kerenah birokrasi.

Bagaimanapun SPRM perlu menekankan aspek integriti, akauntabiliti dalam pengurusan kewangannya dan pastikan ia disempurnakan dengan amanah dan penuh bertanggungjawab.

Menaikkan taraf Ketua Pesuruhjaya tanpa mempunyai kuasa bebas untuk menggunakan peruntukan kewangan akan menjejaskan kelancaran siasatan kes rasuah dan kelicinan agensi SPRM. Perkara lebih buruk berlaku apabila SPRM menjalankan siasatan terhadap pegawai atau agensi yang mempunyai kuasa menentu dan meluluskan peruntukan tahunannya, sudah pasti sedikit sebanyak akan melambatkan proses meluluskan sesuatu peruntukan.

Semua keadaan itu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi dan kuasa untuk membelanjakan peruntukan kewangan tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan. Malahan autonomi perbelanjaan kewangan ini boleh dianggap sebagai satu instrumen penting yang boleh memacu SPRM ke arah sebuah agensi yang benar-benar bebas dan telus.

Walau apapun pegawai SPRM perlu berkerja keras, meningkatkan kualiti kertas siasatan, berdisiplin, memperkasakan budaya integriti, memperbanyakkan latihan risikan, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, menggunakan teknologi dalam siasatan, menyiasat secara adil, profesional dan demi negara berusaha memperbaiki kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang akan dikeluarkan oleh Transparency International bulan depan. (Berita Harian Online)

13 comments:

  1. setuju SPRM diberikan lebih kuasa autonomi untuk memastikan SPRM telus dan bebas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM perlu memastikan yang mana setiap masalah rasuah dapat diselesaikan.

      Delete
  2. suruhanjaya perkhidmatan SPRM harus diwujudkan dengan segera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun, usaha untuk memerangi rasuah harus berterusan.

      Delete
  3. Combating corruption is a national mission. Malaysians should not allow party politics to distract them from this mission, the success of which is critical for our very survival.

    ReplyDelete
  4. Since 2004, the Barisan Nasional federal government has also adopted a series of measures to curb corruption and to strengthen integrity

    ReplyDelete
  5. Creating a restructured Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) with greater autonomy and more powers reflected in the establishment of five oversight committees designed to ensure enforcement and action.

    ReplyDelete
  6. The establishment of 14 special anti-corruption courts with the mandate to adjudicate all corruption cases within 12 months.

    ReplyDelete
  7. The enactment of a Whistleblower Act which encourages disclosures of improper conduct and protects persons making such disclosures.

    ReplyDelete
  8. SPRM perlu betul-betul bebas barulah mereka dapat jalankan t/jawab dengan baik.

    ReplyDelete
  9. Apapun saya yakin SPRM telah lakukan yang terbaik utk buktikan mereka mampu jalankan amanah yang diberikan.

    ReplyDelete
  10. SPRM harus terus berusaha untuk membanteras masalah rasuah.

    ReplyDelete
  11. selain itu, kerjasama dariapda setiap orang adalah penting untuk membasmi rasuah.

    ReplyDelete