Thursday 4 October 2012

SUMPAHAN CLIBI DI SABAH?



Oleh : LIM KIT SIANG

SAYA menyeru semua Ahli Parlimen, sama ada BN atau PR, baik di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia untuk menyokong Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menilai sama ada harapan dan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia telah dipenuhi atau dikhianati dalam tempoh lima dekad ini.

Pada Hari Malaysia ke-49 Ahad lalu, Biskop Katolik Datuk Conelius Piong dalam mesejnya mempersoal adakah perjanjian 49 tahun yang tertanda pada Batu Sumpah Keningau, untuk mendukung kebebasan beragama, hak-hak rakyat Sabah dan adat setempat telah ditepati.

Piong berkata sebagai sebahagian daripada kempen bagi meyakinkankan rakyat Sabah untuk bersatu membentuk Malaysia, bersama dengan Sarawak dan Singapura 49 tahun lalu, pemimpin dari Persekutuan Malaya berjanji kepada rakyat Sabah bahawa mereka akan maju bersama dan semua hak asasi mereka akan dilindungi.

Tiga janji utama yang dibangkitkan Piong adalah jaminan bahawa rakyat Sabah akan mendapat kebebasan beragama, tanah mereka akan dijaga oleh kerajaan negeri dam kerajaan persekutuan akan menghormati dan melindugi adat setempat.

“Adakah janji-janji ini masih dijunjung dan dihormati?” Tanya Piong di dalam mesej Hari Malaysia beliau.

Beliau berkata: “Perjanjian itu terukir di atas Batu Sumpah Peringatan yang masih boleh dibaca dan diingati.”

Kali pertama saya melawat pusat pentadbiran majlis daerah Keningau pada Mac 2010. Ketika itu bersama-sama Ahli Parlimen DAP Hiew King Cheu (Kota Kinabalu), Teo Nie Ching (Serdang), Lim Lip Eng (Segambut) dan Jimmy Wong (Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sri Tanjong).

Terlihat Batu Sumpah itu masih teguh berdiri dan di atasnya terukir perkataan ini:

“BATU SUMPAH MENGIKUT PERLEMBAGAAN

1.         Ugama Bebas dalam Sabah
2.         Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah
3.       Adat istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan. Sebalik pula rayat2 Sabah di dalam interior bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.”

Selepas lawatan ke Batu Sumpah Keningau pada Mac 2010, saya telah bertanya: “Ini merupakan syarat-syarat kepada sumpah taat setia rakyat Sabah lima puluh tahun lalu untuk penubuhan Malaysia. Adakah sumpah yang dilakar di atas Batu Sumpah Keningau ini sudah ditunaikan kedua-dua belah pihak?”

Dua minggu lalu, sebagai sebahagian daripada Perbicaraan Awam 'Janji Ditepati' DAP di seluruh Sabah, saya kembali ke Keningau bersama Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, melawat kembali Batu Sumpah Kengingau yang bersejarah. Dan saya semakin yakin adalah releven dan berpatutan cadangan yang telah saya usulkan di Parlimen pada Mac 2010 selepas lawatan saya ke Batu Sumpah Keningau – iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menilai sama ada harapan dan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia telah dipenuhi atau dikhianati dalam tempoh lima dekad ini.

Saya telah katakan pada 2010 bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja adalah cara yang paling bermakna dalam persediaan menyambut ulang tahun ke-50 Hari Malaysia pada 16 September 2013.

Walaupun terdapat kurang daripada satu tahun menjelang ulangtahun ke-50 Hari Malaysia September akan datang, tujuan untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja itu ditubuhkan tetap bermakna, sah dan bersangkutan.

Saya menyeru semua Ahli-Ahli Parlimen, sama ada BN atau PR, baik di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia untuk menyokong Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), bagi menilai sama ada harapan dan kehendak  rakyat Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia telah dipenuhi atau dikhianati dalam tempoh lima dekad ini.

Sebuah penilaian ke atas perkembangan tiga syarat-syarat sumpah utama Batu Sumpah Keningau dan Perjanjian 20 Perkara Sabah adalah sumbangan besar menjadikan ulang tahun sambutan Hari Malaysia ke-50 lebih bermakna.

Ketika saya melawat Tamparuli bersama Wilfred Bumburing dua minggu lalu, mantan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Monggoh Orow bercakap tentang rintihan rakyat Sabah terutamanya mereka yang tidak mempunyai tanah.

Ini jelas satu pencabulan melampau, memeranjatkan dan benar-benar satu jenayah terhadap perjanjian 'tanah' pada Batu Sumpah Keningau. Peminggiran, kemiskinan dan keterbelakangan sosio-ekonomi tidak sepatutnya berlaku pada negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan segera melaksanakan dasar “Tanah bagi yang Tidak Bertanah” untuk rakyat asal Sabah yang mahu mengusahakan tanah dan kami akan membanteras penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan sebahagian besar tanah dirampas oleh mereka yang berkuasa untuk kroni-kroni mereka. Adakah Barisan Nasional bersedia melakukan perkara yang sama?

Inilah contoh terperinci Tiga Sumpah Utama kepada Batu Sumpah Keningau tidak lagi dipenuhi. Oleh itu adalah sesuai, tepat pada masanya dan amat kena untuk membawa harapan dan kehendak rakyat Sabah seperti yang terkandung dalam Batu Sumpah Keningau di bawa kepada perhatian dewan politik tertinggi negara ini – Parlimen.

Ketika sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat di Kuching pada 16 September, pemimpin Pakatan Rakyat menjanjikan satu ‘New Deal’ buat rakyat Sabah dan Sarawak, mengangkat komitmen Deklarasi Kuching untuk memenuhi harapan dan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan infrasturktur dan perlindungan hak asasi mereka dalam membentuk Malaysia pada 1963, 49 tahun lalu.

Selepas 49 tahun bersama Malaysia, Sabah dan Sarawak telah terkena sumpahan CLIB sementara Sabah terkena sumpahan sama dengan penambahan “I”. Sumpahan CLIB untuk Sarawak dan CLIBI untuk Sabah.

“C” untuk corruption atau rasuah. “L” untuk Land (NCR) Injustice atau Ketidakadilan Hak Tanah Adat (NCR). “I” untuk Infrasturcture (Backwardness) atau Kemunduran Infrastruktur dan “B” untuk Borneanisation (breach) atau pelanggaran Borneonisasi. Manakala “I” untuk Sabah adalah Illegal Immigrants atau pendatang tanpa izin.

1. Rasuah

Walaupun Membanteras Rasuah adalah salah satu keutamaan Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  bagi Program Transformasi Kerajaan (GTP) Najib, rasuah di Malaysia menjadi semakin teruk dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini seperti yang dikesan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International.

Di malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dua negeri yang mana rasuah berleluasa dan sukar dikawal.

Setakat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya berdiam diri berkenaan dakwaan serius rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Saya bersetuju sepenuhnya dengan Bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang menyatakan bahawa persidangan antarabangsa perangi rasuah di Kuala Lumpur hari ini adalah membuang masa dan hanya acara untuk kerajaan Malaysia berpura-pura ia serius membanteras rasuah.

Saya tidak rasa mana-mana Ahli Parlimen yang serius tentang barah rasuah dalam jasad politik kita akan tidak bersetuju dengan Phang bahawa Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa AntiRasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 yang diadakan di Kuala Lumpur hanya berbaloi sekiranga delegasi Malaysia menggunakan ia sebagai peluang untuk menumpukan pada isu dakwaan rasuah terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Saya ingin menjadikan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak sehingga Gani Patail sebagai “ujian trio” sama ada terdapat kehendak politik yang sebenar di Malaysia untuk melawan “Rasuah Besar” – penyebab mengapa kedudukan dan skor Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah jatuh ke tingkat paling bawah iaitu No. 60 pada skor 4.3 sejak 18 tahun lalu.

Bolehkah Perdana Menteri mengemaskini untuk Parlimen dan negara tindakan oleh MACC terhadap pelbagai laporan polis yang dibuat ke atas “trio” tersebut berkaitan rasuah – terutamanya berhubung buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, ““Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)?”?

Izinkan saya kembali kepada CLIB untuk Sarawak dan CLIBI untuk Sabah.


2. Ketidakadilan Hak Tanah Adat (NCR)

Isu kedua terpenting di Sabah dan Sarawak sejak lima dekad penubuhan Malaysia adalah rintihan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah dan Dayak di Sarawak tentang Hak Tanah Adat (NCR).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Linto Albert berkata dalam keputusannya berkenaan kes Hak Tanah Adat “Pantu”: “Ini merupakan laungan tangisan untuk keadilan kerana ia tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima sebagai fitrah kehidupan”!

Saya mengesahkan kenyataan oleh Pengerusi DAP Negeri Sarawak, Ahli Parlimen bagi Sibu dan ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng bahawa “dalam negeri yang terbesar di Malaysia, tiada sesiapapun di Sarawak patut merebut untuk tanah”, - dan ini juga bersangkut paut dengan Sabah- akan tetapi prinsip ini hanya boleh dikuatkuasakan oleh Pakatan Rakyat dan bukan Barisan Nasional.


3. Kemunduran Infrastruktur

Di Sabah dan Sarawak, salah satu keperitan yang dihadapi warganya adalah kegagalan untuk menyediakan infrastruktur asas seperti jalanraya, air berpaip dan bekalan elektrik.

Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan sumber asli, sama ada minyak, gas atau balak akan tetapi kekayaan ini telah dirampas oleh pemimpin BN serta kroni mereka bukannya dikembalikan untuk memastikan rakyat kedua-dua negeri menikmati sumber-sumber infrastruktur paling asas – bukan seperti yang dapat dilihat dalam banyak kawasan di kedua-dua negeri ini dimana wujud paip tanpa air, tiang eletrik tanpa bekalan elektrik atau hospital tanpa doktor.

Reaksi selalu berubah-ubah Barisan Nasional kepada janji Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 untuk menyempurnakan dan meningkatkan Lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan pantai timur Sabah, bagi membawa pembangunan Sabah dan Sarawak setanding Semenanjung Malaysia menggambarkan keperitan diabaikan yang telah lama berlaku dan peminggiran.


4. Pelanggaran Borneonisasi

Kegagalan Barisan Nasional untuk menghormati “Borneonisasi” yang termaktub dalam Perjanjian 18 Perkara yang telah ditekankan oleh cadangan Tun Zaki Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam untuk menurunkan syarat keperluan bagi kaum Dayak dan golongan etnik minoriti untuk direkrut ke dalam sektor perkhidmatan awam juga untuk meneliti ketidakseimbangan komposisi kaum didalam barisan perkhidmatan awam.

Cadangan Zaki telah diserang oleh pemimpin Dayak dari kedua-dua pihak politik yang berlainan dan dianggap sebagai satu sindiran komuniti Dayak, diatas tanggapan bahawa bilangan warga Dayak dan golingan minoriti yang berkelulusan adalah mencukupi, akan tetapi masalah sebenar adalah ketiadaan meritokrasi bukan sahaja dalam usaha perekrutan serta promosi dalam sektor perkhidmatan awam.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada Zaki kerana telah mengetengahkan kegagalan Barisan Nasional untuk melaksanakan Borneonisasi seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak dan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dalam tempoh lima dekad ini, yang telah mengakibatkan kesengsaraan, peminggiran serta diskriminasi oleh kaum Dayak dan golongan etnik minoriti yang berhubung dengan sektor perkhidmatan awam.
Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak pada tahun 1963 yang membawa kepada penubuhan Malaysia menyebut:

“8. Borneonisasi: Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.”

Kebelakangan ini slogan kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah “Janji Ditepati”.

Sudahkah Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara berkenaan Borneonisasi telah ditepati?

Dalam jawapan kepada soalan saya di Parlimen, Perdana Menteri telah mendedahkan yang daripada 133 Jabatan Persekutuan (termasuk badan berkanun Persekutuan) di Sabah, 61 (45.9%) agensi adalah diketuai rakyat Sabah manakala 72 (54.1%) diketuai oleh bukan rakyat Sabah.

Tambahan pula, menurut jawapan Perdana Menteri, “Sehingga 14 September 2012, pegawai kelahiran Sabah yang memegang jawatan tertinggi (Gred Utama/Khas dan keatas) di Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah seramai 19 orang. Daripada jumlah tersebut, seorang pegawai masing-masing berada di Gred Utama Turus 1, Gred Utama Turus 2 dan Gred Utama A. Tiga pegawai Gred Utama B serta 13 pegawai di Gred Utama dan Gred Khas C.”

Ini “Janji Ditepati”?


5. Pendatang Tanpa Izin

CLIBI bagi Sabah, “I” kedua merujuk kepada masalah pendatang tanpa izin di Sabah yang berlarutan.

Keputusan terkini undian September di Sabah dikeluarkan selepas pembentangan belanjawan Najib menyenaraikan pendatang tanpa izin merupakan kebimbangan tertinggi rakyat Sabah. Dan mengapa terdapat penurunan pengundian kepada hanya 54 peratus pengundi pada September yang merasakan negeri ini sedang menuju arah yang betul. Penurunan yang ketara berbanding 66 peratus dalam tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada November 2009.

Tinjauan mendapati 53 peratus pengundi menyenaraikan pendatang tanpa izin sebagai masalah paling meruncing dan isu paling penting dihadapi Sabah.
Tinjauan turut mendapati bilangan besar sebanyak 87 peratus bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat pendatang tanpa izin (RCIII) di Sabah.

Tetapi keyakinan terhadap keberkesanan RCIII lebih bersifat hati-hati – dengan hanya 54 peratus meluahkan keyakinan yang suruhanjaya akan dapat menyelesaikan masalah itu.

Tinjauan turut mendapati yang pengundi Sabah mempunyai pandangan yang bercampur  terhadap dorongan di sebalik penubuhan suruhanjaya. Dengan 46 peratus mengatakan ia “usaha jujur untuk menumpukan masalah pendatang tanpa izin” manakala 36 peratus bersetuju yang ia adalah “tindakan politik untuk menurunkan kemarahan rakyat Sabah sebelum pilihan raya”.


Saya turut merasakan keraguan yang RCIII benar-benar serius untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah yang berlarutan sekian lama, memandangkan Barisan Nasional tidak memiliki kehendak politik untuk betul-betul menyelesaikan terus masalah itu. Tetapi lebih kepada mahu memberikan gambaran yang sesuatu telah diusahakan untuk menraih undi rakyat Sabah sebagai negeri “deposit tetap” menjelang pilihan raya umum.

Disebabkan inilah kabinet telah mencatat rekod dunia memgambil masa enam bulan untuk membuat keputusan terhadap bidang tugas dan keanggotaannya selepas membuat keputusan untuk menubuhkan RCIII pada 8 Febuari. Dan lebih dari sebulan untuk mengeluarkan surat perlantikan kepada anggota suruhanjaya untuk memulakan tempoh enam bulan bagi RCIII melengkapkan tugas dan laporan dapat diperhitung.

Tetapi sehingga kini, tiada sebarang laporan sama ada RCIII akan melakukan perbicaraan awam di seluruh negeri Sabah untuk memberi peluang rakyat Sabah ke hadapan secara sukarela untuk membuat pengakuan tentang masalah yang berlarutan sekian lama ini yang telah menjadikan rakyat Sabah seperti pendatang di tanah sendiri.

Tetapi adakah sesiapa di Sabah sepatutnya terkejut dengan sikap tak endah, acuh tak acuh dan layanan tidak jujur terhadap masalah pendatang tanpa izin oleh Barisan Nasional mengambil kira sejarah UMNO dalam isu tersebut, terutamanya episode memalukan Projek Mahathir pada awal tahun sembilan puluhan?

Berhubungan dengan ini, kenyataan terbaru pegawai tinggi Cawangan Khas menimbulkan keraguan terhadap keikhlasan Kabinet sewaktu membuat keputusan untuk menubuhkan RCI bagi isu pendatang tanpa izin di Sabah pada Febuari.

Pegawai tinggi Cawangan Khas ini tidak lain tidak bukan adalah Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Nasional Mohd Sofian Mohd Makin yang membuat tuduhan liar dan tidak berasas bahawa Pakatan Rakyat telah dimasuki pengganas Jemaah Islamiah (JI)  bagi kes PAS dan komunis bagi kes DAP – dan beliau sehingga kini tidak mampu membawa sebarang bukti apabila dicabar berbuat sedemikian.

Sofian telah memberitahu akhbar bahawa sokongan untuk RCI bagi pendatang tanpa izin adalah unsure anti-nasional yang hanya mahu mendapat laba politik daripada isu tersebut, menjejaskan hubungan diplomatic antara Malaysia dan Filipina dan mengapi-apikan sentiment anti-semenanjung di kalangan rakyat Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mengisytiharkan sama ada Sofian mewakili pemikiran arus pedana Kerajaan Persekutuan UMNO/BN tetapi tersembunyi berhubung isu RCI terhadap pentadang tanpa izin di Sabah. Jika tidak, tindakan serta merta perlu diambil untuk menggantung dan mendisiplinkan Sofian kerana beliau telah menjadi contoh buruk “ancaman ekstremis sosial nasional”  yang sepatutnya dipantau Cawangan Khas.

Masalah pendatang tanpa izin yang telah lama berlarutan, juga RCIII, adalah contoh nyata kegagalan Barisan Nasional dalam “Janji Ditepati” – tema rasmi sambutan Hari kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia ke-49 yang telah dirampas oleh Barisan Nasional.

Perjanjuan 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak sepatutnya dikaji semula untuk menamatkan sumpahan CLIB Sarawak dan sumpahan CLIBI Sabah.

Menyeru semua Ahli-Ahli Parlimen, sama ada BN atau PR, baik di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia untuk menyokong Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menilai sama ada  harapan dan kehendak  rakyat Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia telah dipenuhi atau dikhianati dalam tempoh lima dekad ini. RCI tersebut sepatutnya dipengerusikan dua pengerusi bersama, seorang rakyat Sabah dan seorang rakyat Sarawak.

19 comments:

  1. LKS should just focus in Penang, period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI memang amat diperlukan untuk Sabah ini. Kita patut menyokongnya dan ini bukannya agenda politik seperti apa yang dikatakan.

      Delete
  2. And I think he is interested in more political ways instead of helping out.

    ReplyDelete
  3. a bit confusing what bishop piong stated. there is indeed a freedom of religion in borneo.

    ReplyDelete
  4. RCI will be starting the investigation on 21 Sep 2012.

    ReplyDelete
  5. That is why we cannot mix religion and politics.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan2 si bishop piong mau masuk politik suda...his statements makes him look like a rockstar....

      Delete
    2. it would be just devastating for a politician to have his political views and agendas based upon his religious ideals and views.

      Delete
  6. "Adat istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan.">>>>> also depends if sabahans especially the young generation know about their adat. i think not many know. Maybe because the non-muslim natives of sabah have converted to other religions e.g. christianity and islam....it is a fact that for example most dusuns and kadazans do not practice the old beliefs.

    ReplyDelete
  7. "Sebalik pula rayat2 Sabah di dalam interior bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.">>>>> an interesting find, Luping (2009)stated "like the liwan kadazandusun of ranau and tambunan, the kwijau guarded their "independence" with pride and honour. Indeed, during the whole period of brunei rule in sabah (north borneo) these three districts were virtually untouched and independent."
    >>>>those 3 districts referred to ranau, tambunan and keningau.

    ReplyDelete
  8. Illegals issue still the hottest issue in town.

    ReplyDelete
  9. I don't think we should bother his advice. He never know anything about Sabah.

    ReplyDelete
  10. LKS ni syok sendiri saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya DAP tidak akan dapat sokongan di Sabah.

      Delete
  11. mac 2010 baru LKS tahu pasal 20 perkara dan batu sumpah di keningau...

    ReplyDelete
  12. Saya malas betul kalau religion kan dikaitkan dengan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agama tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak pun.

      Delete
  13. Apapun, setiap masalah di Sabah memang patut diberi perhatian.

    ReplyDelete
  14. DAP Sabah tidak sehaluan dengan SAPP.

    ReplyDelete