Wednesday 17 October 2012

TIADA MASALAH PM BERTEMU SOROS





Oleh : MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pertemuan antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan George Soros bukan menjadi satu kesalahan dan menjelaskan konteks pertemuan antara kedua-dua pihak adalah berbeza sama sekali dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapatkan dana daripada  penyangak mata wang asing terbabit.

Chua juga menjelaskan para pemimpin utama negara banyak mengadakan pertemuan dengan pemimpin besar dunia bagi tujuan diplomatik dan perhubungan dua hala sambil menyifatkan ia adalah perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

"Sebagai seorang pemimpin agung, dia (Najib) berjumpa dengan banyak orang. Dahulu Tunku Abdul Rahman pun pernah berjumpa dengan pemimpin komunis Chin Peng, tapi beliau tidak dituduh pun sebagai seorang komunis," kata Chua dalam sidang media selepas mesyuarat di Wisma MCA kelmarin.

Menurut Chua lagi, jika dilihat daripada aspek pemberian dana kepada NGO, maka perkara tersebut menjadi kesalahan memandangkan Soros pada suatu ketika dahulu pernah menjadi individu yang menyebabkan negara berhadapan krisis kewangan 1998 serta kerana dia merupakan seorang yang berbangsa Yahudi.

"Apabila kamu mendapat dana daripada seorang yang terkenal di dunia dan juga berbangsa yahudi serta diiktiraf sebagai penyangak mata wang Malaysia maka dia akan mencetuskan pelbagai spekulasi.

"Adakah perkara ini terdapat udang disebalik batu atapun dia mempunyai tujuan yang murni? Jadi perkara ini akan mencetuskan banyak spekulasi," tambah pemimpin utama MCA itu.

Minggu lalu, Najib telah mengaku mengadakan perjumpaan dengan Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh spekulator mata wang asing tersebut.

Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.

Dr Mahathir didakwa pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.

Dalam isu berasingan, Chua turut membidas DAP kerana memutar-belit dan memberikan maklumat salah mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik Berkamera (AES) dengan menyifatkan ia bukan sebuah mesin mencuri duit rakyat.

Dia juga menggesa pihak DAP supaya memberikan kesedaran kepada orang mengenai sistem tersebut dan bukan mempolitikkan isu tersebut.

“Ia seolah-olah seluruh negara dipasang dan dilengkapi dengan kamera,” kata Chua yang mengkritik pihak pembangkang. Hingga kini hanya 14 kamera dipasang,” tambah Chua lagi.

No comments:

Post a Comment