Friday 19 October 2012

TIADA PERGOLAKAN DALAM POLITIK SABAH





Oleh : MOHD NASRI ZAKARIAH


KUALA LUMPUR  : Tidak berlakunya pergolakkan politik di sabah sama ada di peringkat UMNO mahu pun Barisan Nasional seperti yang digembar-gemburkan kerana semuanya berdasarkan keputusan ramai dan diputuskan oleh pucuk kepimpinan parti.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata tidak timbul berlakunya perselisihan, semua pihak ada hak untuk mengemukakan apa sahaja dan akan patuh kepada apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti kerana perlu diutamakan bukannya kepada individu atau mana-mana pemimpin.

Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh parti, maka setiap pemimpin perlu patuh dan menghormati keputusan parti walau ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju, setiap pemimpin perlu bersepakat bagi memastikan parti terus kukuh.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi berkata sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja berhak untuk berkata-kata termasuk andaian pembangkang yang menyatakan mereka akan dapat menawan Sabah pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat Sabah bijak memilih dan menilai siapa yang mampu membawa kemajuan untuk mereka dan beliau berkeyakinan bahawa rakyat Sabah akan terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan turut mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak membuat sesuatu yang boleh menghuru-harakan negara kerana sejak merdeka dahulu Barisan nasional telah berjaya membuktikan bahawa rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dtanpa sebarang masalah.

Ikuti butiran lanjut temubual bersama Datuk Bung Mokhtar di youtube umno.



No comments:

Post a Comment