Sunday 7 October 2012

TIDAK ADIL UNTUK KRITIK RCI





Oleh : NOMY NOZWIR

KUALA LUMPUR : Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk mengkritik Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) tentang pendatang tanpa izin di Sabah.

Dompok berkata, pihak kerajaan serius untuk menangani kerisauan rakyat Sabah mengenai pendatang tanpa izin yang semakin meningkat di negeri tersebut.

"Kerajaan memandang serius tentang isu ini, dan kerana itu kerajaan menubuhkan RCI dan sudah pasti akan ada yang mengatakan ini adalah gimik politik, tetapi adalah tidak adil untuk menyatakan sedemikian, kerana RCI masih lagi belum bermula.

"Biar RCI menyiapkan tugasannya, dan kemudian kita boleh beri merit kepada mereka," kata Dompok selepas merasmikan pameran Malaysian Timber Council Global Woodmart 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, hari ini.

Jumlah pengundi di Sabah yang menyokong kerajaan semakin menurun semenjak 2009 disebabkan jumlah pendatang haram yang tinggi, kemudahan infrastruktur yang teruk dan kurangnya pembangunan yang menjadi kebimbangan utama pengundi, menurut tinjauan Merdeka Center yang diedarkan dua hari yang lalu.

Peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.

Menurut Merdeka Center, hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.

Lima puluh tiga peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi BN di kubu kuat mereka, dengan berharap keputusan Perdana Menteri untuk mengadakan RCI untuk menyiasat perkara ini

Menurut tinjauan, 87 peratus bersetuju dengan penubuhan RCI berkenaan isu pendatang tanpa izin.

Tetapi Merdeka Center menurut tinjauan mengatakan cuma 54 peratus sahaja yang yakin dengan suruhanjaya itu dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Tinjauan juga mendapati pengundi di Sabah mempunyai pandangan yang bercampur dengan penubuhan suruhanjaya tersebut, dengan 46 peratus berkata “satu cara untuk menangani pendatang tanpa izin”, sementara 36 peratus lagi berkata “ia cuma gimik politik untuk meredakan kemarahan rakyat Sabah sebelum pilihan raya”.

Dalam bancian 2010 dalam negeri Sabah menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 kepada 3,120,040 penduduk di Sabah, melebihi dua kali ganda dari pertumbuhan penduduk iaitu 164 peratus.

Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, 27 peratus daripadanya adalah pendatang asing. (TMI)

11 comments:

  1. Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has ordered all agencies under his ministry to give full cooperation to RCI specially set up to investigate problem of illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We will ensure the objectives of the formation of the RCI will be realised and be a historic moment for Sabah. This matter is very close to the hearts of Sabahans.-Hishammuddin

      Delete
    2. During the investigation period, we know that the Home Ministry's agencies will be called up, so it's up to the RCI. We will do what is appropriate-Hishammuddin

      Delete
    3. Mengenai RCI rasanya semua perlu menerima akan perkara ini sebaiknya. RCI ditubuhkan bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata.

      Delete
    4. Kerjasama semua golongan amat diperlukan.

      Delete
  2. Hishammuddin urged the public including those from the opposition parties not to politicise the effort as it could dent the government's sincere intention of tackling an inherited problem and not one that happened overnight in Sabah.

    ReplyDelete
  3. Sokong kenyataan TS Bernard. Pembangkang sengaja mengaburi mata rakyat dengan mengatakan RCI ini tidak telus sedangkan hasil siasatan belum pun siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, RCI harus membuktikan kebolehan dan menyakinkan rakyat juga.

      Delete
  4. Semoga siasatan RCI menghasil.

    ReplyDelete
  5. Panel RCI harus menjalankan tugas dengan bijak.

    ReplyDelete
  6. Lima puluh tiga peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi BN di kubu kuat mereka, dengan berharap keputusan Perdana Menteri untuk mengadakan RCI untuk menyiasat perkara ini

    Isu PATI ini memang merunsing dan membimbangkan.

    ReplyDelete