Wednesday 31 October 2012

TKI UNTUK DIJUAL DIDALANGI WARGA INDONESIA





BISNES....Anis menambah, bisnes TKI yang sah di Indonesia berdasarkan UU Nombor 39 Tahun 2004 semuanya dikuasai oleh pihak swasta.

JAKARTA – Migrant Care, sebuah NGO  yang ditubuhkan di Indonesia mengesyaki adanya campur tangan orang Indonesia dalam iklan TKI (amah) untuk dijual yang ditemui di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Migrant Care, Anis Hidayah, iklan tersebut bukan semata-mata kecuaian kerana pemerintah Indonesia telah mengesahkan  TKI melalui UU Nombor 39 Tahun 2004 Tentang Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di Luar Negeri.

“Ada sindiket TKI terkait iklan tersebut. Saat ini, TKI sudah menjadi industri dan kami mencurigai adanya orang Malaysia serta Indonesia yang bermain,” ujar Anis, saat dihubungi Okezone, kelmarin.

Anis menambah, bisnes TKI yang sah di Indonesia berdasarkan UU Nombor 39 Tahun 2004 semuanya dikuasai oleh pihak swasta.

Mereka diperbolehkan mencari TKI, menampung, membuat dokumen hingga penempatannya.

“Ini merupakan celah yang membuat adanya iklan amah untuk dijual di Malaysia,” tuturnya.

Kerana itu, Anis meminta KBRI di Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi (Kemenakertrans) untuk menyelidiki  siapa dalang penyebaran brosur iklan tersebut.

“Brosur tersebut telah menghina bangsa Indonesia dan merendahkan TKI, kerana iklan tersebut sama saja dengan perdagangan manusia,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment