Monday 15 October 2012

WAHAB NONONG, 'PERSONA NON GRATA'?




PANGGILAN.....Ninah menunjukkan surat panggilan perbicaraan semula tuntutan tanah berkenaan pada 17 Oktober 2012 di PPHT Lahad Datu.





Saudara Pengarang,

KEHADIRAN Warga Penyu (Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang Malaysia) di Sabah telah menjadi ancaman besar kepada Anak Negeri dan sebagai salah seorang mangsa, saya amat kesal kerana Ketua Menteri Sabah 'terlepas pandang' isu yang mengancam kedaulatan Sabah.

Saya adalah waris sah kepada bapa saya (Perintah Mahkamah Syariah), Gaya Mansor, Bajau dari Kota Belud yang telah menduduki tanah pusaka yang diusahakan arwah bapa saya.

Namun agak mendukacitakan kerana selepas kematian bapa saya, seorang Warga Penyu, Haji Wahab Nonong telah bertindak merampas hak saya dan adik beradik dengan alasan beliau turut sama mengusahakan tanah berkenaan bersama arwah bapa saya.

Malangnya Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu melayan tuntutannya sehingga memaksa saya membahagi sama rata tanah berkenaan seluas lebih kurang 15 ekar dan telah dikeluarkan geran CL 115403640 atas nama Wahab dan saya kerana Wahab tidak layak memiliki geran NT disebabkan taraf kerakyatannya meragukan.





BANGSAT.....Haji Wahab telah menjual agamanya untuk kerakyatan songsang dan merampas tanah pusaka peninggalan bapa Ninah.


Tidak cukup dengan merampas tanah berkenaan secara paksa, saya dan penduduk kampung yang menumpang di atas tanah peninggalan arwah bapa saya, Wahab turut menghalau Imam dan jemaah daripada mengerjakan ibadah di surau yang terletak di atas tanah yang telah dibahagikan sesuka hati dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu.

Saya dan Imam telah mengharungi perjalanan sejauh hampir 900 kilometer (pergi balik) ke Jabatan Ketua Menteri di Kota Kinabalu untuk mengadu kes rebutan tanah dan rampasan surau berkenaan kepada Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah, Zainuddin Aman,  atas jemputan Jabatan Ketua Menteri.

Namun sehingga ke hari ini, isu berkenaan masih tergendala dan saya bakal berkongsi tanah dengan Warga Penyu setelah Land Enquiry di Pejabat Timbalan Pengarah Tanah gagal membuat keputusan berhubung bantahan saya dan dikembalikan untuk pendengaran semula di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu pada 17 Oktober 2012 (lusa).

Dengan kuasa wang dan pengaruh politik, Wahab mampu merampas tanah pusaka milik arwah bapa saya; tetapi saya yakin masih ada keadilan untuk saya sekalipun saya tidak mampu mengupah peguam kerana kedaifan hidup saya.

Sehubungan itu, buat kali terakhir saya merayu kepada Ketua Menteri Sabah agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini ketika Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat  isu kerakyatan songsang di Sabah.




PROJEK......Pengarah JPN Sabah boleh mengesahkan bahawa Wahab adalah pemegang IC Pojek Mahathir dan Pengarah Jabatan Imigresen boleh mendedahkan identiti Wahab. Tetapi malang mereka mengunci mulut demi jawatan mereka.


Memandangkan Wahab adalah salah seorang Warga Penyu (Rujuk IC Lamanya H 0568477 dan Jabatan Imigresen Lahad Datu masih menyimpan data pasport Filipinanya kerana beliau pemegang pas kerja Pacific Hardwood), maka saya mencadangkan agar Ketua Menteri Sabah menggunakan kuasanya untuk membatalkan permohonan tanah yang dibuat oleh Wahab dan mengambil tindakan segera menghalang Wahab daripada masuk ke Sabah kerana statusnya, 'Persona non-grata' iaitu orang yang tidak dikehendaki mengikut Perkara 6 dalam Perjanjian 20 Perkara.

Untuk makluman rakyat Sabah, berikut adalah artikel berhubung tanah pusaka ini yang telah diterbitkan oleh Sabahkini.net untuk renungan dan sokongan anda sebagai Anak Negeri Sabah yang mengalami hakisan dan rampasan hak;
















Salam Hormat,


NINA BTE GAYA

No comments:

Post a Comment