PENGAKUAN.....Yahya
bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS
Sabah.
Oleh : ZULKIFLI SULONG
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung
beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya keluar Umno
kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan
kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.
"Di samping itu, bagi
saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam
dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.
"Lihatlah pada Nik Aziz
dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.
Yahya bercakap kepada
Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.
Dua minggu lalu, Yahya
secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan
Rakyat (PKR).
Penyertaan Yahya bersama
Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.
Ketika ditanya kenapa
menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu
membantu mengembangkan PAS.
Ini kerana, PAS belum
bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh
menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.
"Walaupun saya tidak
menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS
nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar.
Yahya yakin Pakatan Rakyat
akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Bagi beliau, kerusi-kerusi
di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau,
Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak.
"Saya akan pastikan,
PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan
datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi," kata Yahya kepada
Harakahdaily.
Sebelum ini, moto gelombang
kebangkitan rakyat Sabah adalah 'Ini kalilah' tetapi Yahya lebih agresif lagi
dengan slogan beliau 'Habislah kali ini'.
Bagi beliau, Pakatan akan
menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat Sabah yang ada sekarang.
Kejatuhan
Kerajaan Sabah
Sebelum ini, Timbalan
Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred
Bumburing meninggalkan Umno.
Bagi pemerhati politik
Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik Sabah.
Pada tahun 1976, Datuk Haris
Salleh serta Datuk Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada
tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno jatuh.
Pada tahun 1984, kerajaan
negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Datuk Pairin Kitingan dan
Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS.
Tahun 1994 sekali lagi
kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Datuk Lajim Ukin dan
Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno.
"Kali ini, Lajim dan
Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah," kata mereka. (Harakahdaily)
No comments:
Post a Comment