Friday 16 November 2012

143 RUMAH PPRT DIBINA DI DUN KLIAS





TETAMU.... AZIZAH ketika menjadi tetamu Program Dairi YB terbitan Sabah FM pagi kelmarin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KOTA KINABALU:143 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) telah dibina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias sejak 2008 hingga 2012. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun berkata, jumlah itu dijangka akan bertambah pada masa akan datang bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk membina rumah.

“Selain itu, pelbagai peruntukan lain turut diberikan kerajaan persekutuan untuk membaiki rumah-rumah rakyat yang rosak,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias berkata demikian semasa menjadi tetamu Program Dairi YB terbitan Sabah FM di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Kota Kinabalu, pagi kelmarin.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk membangunkan sektor pelancongan dalam kawasan DUN Klias.

“DUN Klias turut menyumbang dalam pembangunan sektor pelancongan negeri ini kerana sering menjadi tumpuan pelancong asing untuk menyaksikan kelip-kelip dan monyet Belanda khususnya pada musim cuti dan hujung minggu,” katanya.

No comments:

Post a Comment