Wednesday 7 November 2012

ADUN SEKONG WAJAR LAKUKAN KAMIKAZE DEMI BN





Saudara Pengarang,

SELEPAS pendedahan demi pendedahan oleh Sabahkini.net, terhadap Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya, yang dipenuhi dengan skandal betina, salah guna kuasa, ditangkap kalwat, IC Projek dan yang terbaru terlibat dalam jenayah mengancam musuh politik Musa Aman kira-kira 10 tahun lalu; maka wajarlah beliau menjawab segala tuduhan yang disiarkan di Sabahkini itu.

Malah laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah tidak mendapat respon; sebaliknya Adun Sekong ini hanya berdiam diri menganggap dirinya mempunyai imuniti sebagai ADUN.

Tidak cukup dengan Skandal dan Samsuding berlindung di bawah Undang-Undang DUN Sabah apabila melempar tuduhan liar dan menggesa agar RCI menyiasat Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu yang kononnya 'Warga Penyu'; bagaikan melempar najis lembu ke muka sendiri setelah AMK PKR membuat laporan polis terhadap Samsudin dan gundiknya Pia yang didakwa PATI yang mendapat MyKad Projek.

Dalam hal ini, Samsudin sepatutnya menerima cabaran Timbalan Yang DiPertua PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah agar mengulangi gesaan itu di luar Sidang Dun, bagi membuktikan kenyataan beliau itu benar.

Kita nampak dua kompenan BN, iaitu Pemuda PBS dan Bahagian PBRS Sepanggar juga sibuk berlakon di sini dengan membuat laporan polis terhadap Lahirul sebagai sandiwara 'Wayang Kulit' BN.

Berbalik kepada Adun Sekong, maka sewajarnya beliau mengambil tindakan balas terhadap semua tuduhan yang disiarkan di Sabahkini.net agar tidak terus menjadi 'pengejut' dengan berdiamkan diri.

Kenyataannya di Free Malaysia Today bahawa hanya membuang masa saja jika mahu melayan semua tuduhan itu, bukanlah jawapan dari seorang pemimpin 'Anak Jantan' yang sebelum ini ternyata 'Bacul' kerana mengarahkan samseng 'mengeroyok' Lau Sue Seng.

Jika Samsudin masih terus memilih untuk berdiam diri, maka rakyat Sekong pasti akan berfikir lima kali untuk memangkah BN pada PRU-13, andainya segala kotoran najis yang melekat di badan Samsudin tidak dibersihkan.

Samsudin sewajarnya mencontohi keberanian tentera udara jepun, pada zaman perang dunia dahulu, iaitu melakukan KAMIKAZE, demi menyelamatkan BN dan Umno sabah.

Beliau patut meletakan jawatan dan jika mengaku dirinya sebagai rakyat Sabah tulen, maka sewajarnya beliau menyerahkan MyKadnya kepada Panel RCI untuk dibuktikan keasliannya.

Selepas disahkan, maka sewajarnya jika beliau betul-betul warga Asli Sabah yang disahkan dilahirkan di Sabah, maka beliau wajar diberi peluang bertanding dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selepas PRU 13 nanti kerana beliau sangat popular dan dikenali seluruh Malaysia dengan pelbagai skandal.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH


No comments:

Post a Comment