Sunday 18 November 2012

ADUN SUKAU SOKONG PAKATAN RAKYAT?





HADIR…30 peratus yang hadir adalah ahli-ahli UMNO yang bakal keluar menyertai PKR. Hj Ahdah gambar sisipan.

Oleh:  SHAIMON S JUMADI

KETUA Penyelaras Parti Pakatan Rakyat (PPR) Kawasan Sukau, Hj Ahdah Hj Sulaiman mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sukau Saddi Hj Abdul Rahman kerana mengarahkan  Pemimin Kemajuan Rakyat (PKR) Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) termasuklah JKKK memberikan kelonggaran dan kerjasama kepada Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kinabatangan dalam menjayakan Majlis Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan yang diadakan baru-baru ini.

Mantan Ketua  Daerah itu yang kini menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR) benar-benar terasa terharu tidak  terdapat di  mana-mana parti pro kerajaan membenarkan menggunakan  kemudahan-kemudahan seperti Dewan, Balairaya ataupun kawasan sekolah tempat parti-parti pembangkang mengadakan sebarang akitiviti-aktiviti  Majlis-majlis ceramah seperti yang berlaku  di Kinabatangan ini.

Inilah buat pertama kalinya seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan Wakil Rakyat BN telah bekerjasama memberikan peluang kepada Parti Pakatan Rakyat sebelum ini memang tidak pernah berlaku di negara kita ini.

"Selalunya di mana-mana saja Parti Pakatan Rakyat mengajur apa saja program yang berbentuk ceramah menghentam kerajaan sering mendapat gangguan daripada penyokong-penykong tegar UMNO/BN tetapi di Kinabatangan paling  unik inilah satu sejarah yang sukar dilupakan,” ujar Hj Ahdah.

“Dalam kesempatan ini saya bagi pihak seluruh anggota dan ahli-ahli PKR mengucapkan terima kasih kepada ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman atas kerjasamanya  dengan PKR bagi menjayakan program tersebut,” ujarnya.

Haji Ahdah berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran PKR Cabang Sukau.

Program yang diadakan di Lapang Sasar SK Batu Putih telah dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR yang juga ADR kawasan Gombak Mohd Azmin Ali; Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Hajah Zuraidah dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, Ahmad Tamrin Hj Jaini.

Disoal mengenai kemasukan seramai 400 orang ahli-ahli UMNO Kinabatangan ke dalam PKR, Hj Ahdah menjelaskan ini satu petanda rakyat Kinabatangan sudah mula sedar atas tindak tanduk orang Malaya terhadap rakyat Sabah yang dibuat seperti boneka.

“Kemungkinan juga seramai 400 orang pemilik tanah Sungei Koyah A-B dan C sekiranya tanah-tanah mereka tidak dapat diselesaikan sebelum pilihanraya umum ke 13 ini, akan juga meninggalkan UMNO kerana sudah hilang kepercayaan kepada UMNO yang terlalu mengambil berat soal kebajikan PATI daripada menjaga kebajikan rakyat jati Sabah,” ujarnya.
Dalam beberapa hari ini, tambah Hj Ahdah; “Kita telah didatangi beberapa pemimpin UMNO  di peringkat cawangan yang menyatakan  bahawa tidak lama lagi seramai 3,500 orang akan menyertai PKR. Ceramah Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan benar-benar berkesan untuk menyuntik semangat mereka supaya segera meninggalkan UMNO/BN dalam masa terdekat ini.”

10 comments:

  1. dia hnya beri kelonggaran, tak bermakna dia sokong pakatan.

    ReplyDelete
  2. dia tau pakatan takkan dpt menang jg pn.

    ReplyDelete
  3. Sukau Assemblyman Saddi said the water problems in 70% of the rural areas in his constituency will come to an end once two water treatment plants and deep sea piping installation worth RM100m are completed.

    ReplyDelete
  4. two plants being built at Kg Bilit and Kg Menggaris are expected to be completed by year end.

    ReplyDelete
  5. CM said the Land and Survey Department is now studying the best mechanism, particularly that involves legal implications to resolve the longstanding dispute over the 4,900ha of land in Sungai Koyah, Sukau

    ReplyDelete
  6. the proposal from Sukau Assemblyman Saddi who raised the issue, to convert the area into a communal grant would be included in the study for the government's consideration.

    ReplyDelete
  7. the State Government carry out a thorough investigation into the case and take action against those found responsible for the cheating and seizing of ownership rights from those people.

    ReplyDelete
  8. Masing2 ada hak untuk buat pilihan dan keputusan.

    ReplyDelete
  9. Berbaik dengan pihak lawan tidak bermakna akan akan mengikut perjuangan mereka. walaupun berlainan fahaman politik tidak bermakna menjadi musuh.

    ReplyDelete