Wednesday 7 November 2012

AGEH SEMULA SKIM AGRO POLITAN PITAS





Saudara Pengarang,

SAYA, mewakili penduduk Kampung Rukom Laut dan Kampung Marung, Pitas sangat merasa kesal di atas tindakan pihak pengurusan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang terlibat dalam pembahagian lot kebun getah.

Tanah yang kami usahakan dan mengeluarkan hasil sekian lama kami serakan  kepada pihak pengurusan dengan harapan kami ada kebun getah, malangnya bila sampai pembahagian semula kepada pemilik asal tanah, banyak yang tidak mendapat bahagian; tetapi yang menghairankan ramai penduduk luar dari kampung kami yang mendapat bahagian.

Untuk makluman, semasa pembahagian lot individu yang terlibat hanyalah keluarga Ketua Kampung dan keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sahaja yang mendapat lot berkenaan.

Kami mohon agar siasatan dijalankan dalam kadar segera agar Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dua kampung ini perlu ditukar segera jika didapati terlibat.

Peserta asal seramai 95 orang dan hanya 60 orang yang mendapat bahagian, manakala yang lain dikatakan tiada dalam senarai.

Jumlah nama yang mendapat bahagian adalah melebihi seratus orang dan kebanyakan meraka yang mendapat lot getah bukan penduduk kampung, sehingga ramai penduduk dua kampung ini berputih mata dan terpaksa mengigit jari.

Sehubungan itu, kami mahu menuntut hak kami ke atas tanah kami; seraya mendesak agar keputusan pembahagian lot yang telah di buat pada 31 Oktober 2012 dibatalkan dan pembahagian semula harus dijalankan dengan dihadiri wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pegawai LIGS yang jujur dan wakil pihak yang berkaitan.

Salam Hormat,

RAJA PENAWAR

No comments:

Post a Comment