Saturday 24 November 2012

BAGANDANG RELEVAN SEPANJANG ZAMAN





Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata 'Bagandang' mampu diketengahkan dalam industri muzik sekaligus meyumbang kepada sumber pendapatan insan seni di negara ini.

Beliau berkata muzik tradisi itu akan terus relevan sepanjang zaman melalui usaha berterusan secara kreatif oleh pengamal dan pencinta seni muzik budaya tanah air.

“Melalui usaha berterusan, saya yakin muzik warisan ini akan terus diminati dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun ianya perlu diketengahkan dengan daya kreativiti yang menuntut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pertandingan Bagandang Moden kategori solo dan berkumpulan di Pasar Malam Uptown Waterfront, Pekan Beaufort di sini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah, Mohd Shaid Othman; Ketua Daerah, Wong Sameh; Pegawai Kemajuan Masyarakat, Sabdin Marof dan Pengerusi Pelaksana Pertandingan Bagandang sempena Festival Bagandang 2012, Osin Jilun.

No comments:

Post a Comment