Sunday 25 November 2012

BAGUS MAJU BERHAD PENYANGAK TANAH





SIDANG MEDIA….Gambar ini dirakam sejurus selepas mengadakan sidang akhbar kelihatan Aisah (Purdah) bersama pewaris tanah tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PEGUAMCARA Aisah Ahmad dari Tetuan Aisah & Co yang dilantik oleh 400 orang pemilik tanah sebagai penasihat kes tuntutan tanah di Sungei Koyah A Fasa I, II dan III Kinabatangan sudahpun merujuk isu berkenaan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU), Datuk Hj Osman Jamal.

Kata Aisah, agak mengejutkannya kerana JTU mengesahkan bahawa tanah tersebut milik Kerajaan Negeri Sabah dan bercanggah dengan kenyataan wakil Bagusmaju Berhad sewaktu perjumpaan bersama SUHAKAM pada 16 Jun lepas iaitu mereka telah membeli tanah berkenaan.

Oleh itu, kata Aisah, dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa terdapat usaha sama antara 400 pemilik geran dengan Bagus Maju Berhad untuk projek penanaman kelapa sawit adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Datuk Osman Jamal turut mengesahkan bahawa syarikat berkenaan tidak membangunkan tanah tersebut. Persoalannya, siapakah yang membuka tanah seluas 6,000 ekar dan meraih hasil kayu balak dan kelapa sawit sejak 15 tahun yang lalu sehingga kini?," tanya Aisah yang membingungkan para pemilik tanah yang hadir.




Tegas Aisah dalam sidang media eksklusif dengan Sabahkini.net, Syarikat Kwantas Corporation Bhd (syarikat sekutu Bagus Maju Berhad) yang turut membina kilang memproses sawit di dalam tanah tersebut dan individu yang mengguna Sijil Anak Negeri Palsu, Kwan Ngen Wah yang menjadi pengarah di dalam Syarikat Bagusmaju Bhd dan Fordeco turut terlibat dengan kes penipuan pembatalan tanah bergeran kepada pemilik Koyah A Kinabatangan.

Tambah Aisah lagi, seorang pegawai bernama Saufi, wakil JTU mengesahkan terdapat lima (5) Power Of Attorney atau Surat Kuasa Wakil dibuat oleh Abdullah Japar dan Asiah Binti Tarandan bersama para pemilik dan Substitution Power of Attorney di antara Abdullah dan Asiah Tarandan kepada Bagusmaju Bhd; masing-masing bertarikh antara tahun 1995/1996 didaftarkan pada tahun 1977 di Mahkamah Majistret Lahad Datu dan semua PA di saksikan oleh Ismail Tarandan.

Kata Aisah lagi, menurut Osman Jamal pula, pihaknya masih menunggu Perjanjian Saham (Share of Agreement) dikemukakan oleh syarikat Bagus Maju Berhad, namun sehingga kini belum ada sebarang perjanjian dikemukakan.

Persoalannya tambah Aisah, kenapakah pihak syarikat mengambil masa yang begitu lama mengemukakan perjanjian Saham tersebut iaitu sejak tahun 1998 sehingga kini? Mengapa pihak JTU masih memberi masa dan menunggu pihak syarikat terbabit mengemukakan perjanjian tersebut?

"Dalam perkara ini, saya yang dilantik oleh 400 pemilik Tanah tersebut untuk mengendalikan kes tanah ini meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menyiasat tindak tanduk Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri dan kuncu-kuncunya," tegas Aisah yang mendesak agak Osman Jamal menjalankan tugas sebagai pegawai awam.

Bagaimanapun kata Aisah, sebagai Penasihat Undang-Undang yang mengendalikan kes tanah berkenaan, beliau mendesak agar Osman Jamal membatalkan semua permohonan yang dibuat oleh Abdullah Japar yang kini bertugas di Jabatan Ketua Menteri (Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat-UPKR) sebagai Pemaju Mukim kawasan Sukau kerana telah disahkan melalui satu penipuan yang terancang.

Oleh itu, kata Aisah, segala transaksi selepas perjanjian Saham, malah kelulusan pihak Setiausaha Hasil Bumi kepada syarikat  tersebut adalah terbatal dengan serta merta.

“Saya sebagai Peguambela Peguamcara bagi pihak dan pewaris-pewaris tanah berharap pihak JTU meneliti aduan dan bukti-bukti tuntutan kes tanah Koyah A serta memberi maklum balas bertulis dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan di dalam surat saya bertarikh 12 November 2012,” ujarnya.

1 comment:

  1. hi..boleh saya tahu berkenaan status tanah dan pernama yang berkenaan,

    ReplyDelete