Saturday 17 November 2012

DEPOSIT BERDASARKAN ABTE 1990





KOTA KINABALU : Deposit dua bulan yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarkan anggaran penggunaan tenaga elektrik selaras dengan Akta Bekalan Tenaga Elektrik 1990, kata Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Deposit itu adalah sebagai liabiliti (jika diperlukan) untuk kerosakan kepada pemasangan SESB dan/atau tunggakan bayaran apabila pengguna mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak perkhidmatan, kata Pengurus Besar (Pembangunan Aset) SESB Ahmad Fuad Md Kasim.

Anggaran itu adalah berdasarkan penggunaan purata enam bulan terkini pengguna, katanya.

Deposit yang dikenakan kepada pelanggan adalah selaras dengan peraturan 5, Peraturan Elektrik 1990 yang memerlukan pelanggan membayar deposit dalam tempoh tujuh hari daripada masa permohonan, satu jumlah yang mencukupi untuk menampung anggaran kos penggunaan tenaga elektrik dan sewaan meter untuk dua bulan, katanya.

"Jika purata penggunaan bulanan tenaga elektrik melebihi nilai deposit, pelanggan perlu menambah deposit mereka," katanya dalam satu kenyataan Jumaat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment