Thursday 15 November 2012

DI MANA WAKIL RAKYAT BATU SAPI?




TINGGAL....Penduduk kampung bagai anak ayam ditinggalkan ibu untuk disambar helang terpaksa meminta pertolongan kepada PAS setelah wakil rakyat BN enggan membantu.

BATU SAPI : Penduduk Kg Lupak Meluas Laut kecewa kerana tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami tersebut; setelah tanah rizab kampung dirampas kerajaan untuk tujuan politik.

PAS Batu Sapi yang menerima aduan penduduk kampung ini membantah pengusiran tersebut memandangkan mereka merupakan warganegara yang telah mendiami tempat tersebut sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Yang Dipertuanya, Haji Hamzah Abdullah kesal kerana pemimpin Umno, iaitu Wakil Rakyat Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin bukan sahaja enggan menghulurkan sebarang bantuan, malah memfitnah bahawa penduduk berkenaan adalah penyokong pembangkang.

Hamzah menyatakan bahawa pihaknya menghulurkan bantuan sebagai pemudahcara dengan niat suci untuk membantu rakyat yang teraniaya oleh kekejaman wakil rakyat BN sekalipun mereka bukan ahli parti.

"Kita minta rakyat buka mata dan lihat kebenaran. Jika Umno terus memerintah inilah yang akan sentiasa berlaku, malah ahli UMNO sendiri ditindas. Tanah rakyat akan habis dirampas dengan sewenangnya. Sehingga kini, kita telah mendengar desas-desus bahawa Kg Gas di Batu Sapi ini juga akan diroboh tidak lama lagi," tambah Haji Hamzah.

Seorang penduduk juga melahirkan kekesalan bahawa mereka telah dijanjikan dengan rumah kos rendah oleh Timbalan Perdana Menteri dan Adun Sekong sejak Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang lalu dan pecah tanah juga telah dilakukan namun semuanya tinggal janji kosong.

No comments:

Post a Comment