Thursday 15 November 2012

DUA RAKYAT MALAYSIA DICULIK DI TIMBUN MATA





SEKURANG-KURANGNYA dua rakyat Malaysia, kedua-duanya lelaki telah diculik sebentar tadi dari Pulau Timbun Mata, Semporna. Menurut maklumat awal yang diterima, belum ada pihak yang mengaku melakukan penculikan berkenaan. Terdapat empat orang dilokasi penculikan, tetapi hanya dua sahaja diambil meninggalkan dua saksi yang ketakutan. Sabahkini.net akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut. Sebelum ini dua warga Malaysia diculik di Pulau Sebangkat dan Timbun Mata ialah Hutan Simpan Kelas 1 dan terletak tidak jauh daripada projek ternakan udang galah merah yang dilancarkan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment