Monday 5 November 2012

DUN SUKAU BERMASALAH?





Saudara Pengarang,

SEORANG pemimpin harus punya rasa kasih sayang bukan sahaja kepada rakyat keseluruhannya, tetapi juga kepada haiwan, tumbuhan dan segala macam kerana dia menjadi contoh yang terbaik kepada semua orang dan ciptaan Allah.

Kalau sudah seorang pemimpin memukul rakyat di depan orang ramai, kesan wang sarang burung misalnya, yang tidak diberi kepada yang berhak, maka itu bukan pemimpin namanya dan yang demikian tidak layak jadi pemimpin rakyat.

Saya difahamkan seorang Ketua Menteri pernah berkata kepadanya; "kau mahu bunuh rakyat dan kau tidak boleh jadi wakil rakyat" dan kalau sudah ini terkeluar dari mulut seorang Ketua Menteri maka perlu diucapkan selamat jalanlah kepada pemimpin berkenaan.

Di kawasan itu dengarnya seorang YB Parlimen berkira-kira mahu berdiri di DUN, tetapi entah kawasan mana yang dia inginkan dan tentu sahaja keinginannya mahu duduki kerusi Kabinet Negeri nanti setelah tidak diberi peluang untuk duduki kerusi menteri di persekutuan dan ini ada kemungkinan.

Tetapi seorang pejuang yang sekian lama sejak zaman USNO lagi selalu sahaja dilupakan orang dan yang dimaksudkan ialah Juhari Janan.

Juhari Janan ini pernah duduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Sabah tetapi tidak pernah diberi peluang untuk bertanding, baik kerusi MP atau DUN dan kalau dikira jasanya lebih baik banding yang lain dan yang tiba-tiba mendapat durian runtuh.

Kali ini saya difahamkan kalangan pengundi di kawasan DUN Sukau mahukan Juhari Janan bertanding di kawasan DUN Sukau dan kalau ini gagal, ada kemungkinan dia akan bertanding atas tiket salah satu parti pembangkang dan ini kemungkinan mendapat restu daripada Datuk Lajim Sendiri.

Nah, kita lihat di saat akhir UMNO/BN akan hancur nanti dan inilah yang cukup menakutkan UMNO/Datuk Musa dan kawasan Sukau atau Parlimen Kinabatangan kerana bukan lagi kawasan yang selamat dan di sana tinggal menunggu waktu sahaja akan tersungkur menyembah bumi.

Semuanya menjadi teka-teki dan tidak hairan saat akhir akan ramai berlompatan menyebarang ke seberang yang dikira-kira lebih selamat dan ramai sudahpun berkata, "biar putih tulang jangan putih mata."

Salam Hormat,

ISMAILY BUNGSU

No comments:

Post a Comment